Lihat Pada Laut

Thursday, July 30, 2009


aku, farid dan cik intan bab 7

(sambungan)

selepas selesai santap durian......
selepas selesai santap asap rokok...
selepas selesai bergelak ketawa....

kami berenam pun turun ke bawah...
melihat kejayaan angah...
ye.... sebuah truck hummer H3

"kunci ngah..."

aku melihat mata fuat dan ejam terbeliak ke arah farid, bro sam pula tersengeh hehehe...
begitu juga aku.. membalas sengihan bro sam heheh...
angah melihat ke arah aku... "kau nasihat sedara kau ni sket.... tak beradap betul la"
"ala diorg bukan minat kete-kete ni. bagi la aku bawakkkkkk....."
"eh org tua ni..... ko reti ke nak bawak bende ni?" fuat mencelah
"aku nak duduk belakang skali... bukak pintu ngah.... bg je la dia bawak ngahhhh...." ejam melangkah ke pintu belakang.
"a aaa la ngah... kang dia belanja karoke" bro sam pula mengusik farid.

"nah!!... belekuk siket seribu tau...."

heheheheheh........... farid mengambil kunci kete dari tangan angah.....

"sam... ko duduk depan. jaga sahabat ko tu" angah berkata sambil membuka pintu belakang
"aku nak rasa duduk belakang pulak... asyik bawak org je...." angah menyambung kata-kata.

so kat dlm tu, farid yg bawak. sam duduk sebelah. angah dan fuat duduk belakang, aku dan ejam duduk kat extra seat kat belakang sekali. mcm mat indon kene cekup.

dalam perjalanan org yg paling riuh adalah farid. biasa la mangkuk ni..

aku tak nak cerita skrip farid dan yg lain-lain sepanjang perjalanan ke bukit damansara ni. tapi apa yg aku nak cerita ialah pasal angah. ilmu yg di sampaikan. ya.... ilmu nak senang.

"20 tahun dulu, aku nak bawak kapal terbang kau tau. 10 tahun dulu, kalau aku tau, aku tak nak main-main kau tau. masa tuuu, aku tak tau nak pegi mana kau tau... aku nak bawak kapal terbang, tapi kat mana? apa cara? apa jalan dia? aku tak tahu.... kau tau....."

"so what..." ejam bertanya. bro sam gelak lagi.

"so.... sampai skrg aku tak dapat bawak kapal terbang"

"e e elehh... cerita apa ni ngah... motif?" fuat pula bersuara sambil memandang pemandangan di luar jendela.

"motifnya.... kita kena ada ilmu"

"betul. aku setuju tu" driver gila kat depan tu mencelah......

"itu je...." fuat tak puas hati

"mmg la kene ada ilmu...." ejam pun mcm tak puas hati

"korang ni otak dh berkarat ke.... cerita pendek mcm tu pun tak paham..." amboi mangkuk kat depan tu mcm la dia faham sgt...

"ok kau tolong explain red" aku membuat permintaan kepada driver yg sedang menjalankan tugas tu.

"kau sambung cerita kau tadi ngah.... gua nak layan stering ni" ehhhh.....

"itu baru perenggan pertama, korang dah pening. kalau nak kaya mcm robert kuok, korang kene faham banyak benda lagi. maksudnye.... moral cerita tadi.... cerita kapal terang tadi.... motifnye.... bukan senang nak senang...."

"aduhhh.... lagi tak faham la ngahhh.... ringankan sikit cerita kau tu boleh tak.." bro sam bersuara lantang.

"aku rasa aku tahu maksud cerita angah tadi. maksud dia..... kalau nak sesuatu, kene kerja beb. kerja apa? first, cari ilmu lah. cari jalan. cari peluang. pas tu..... usahakanlah. benda ni bukan senang nak buat beb. susahhh. pasal tu bukan senang nak senang. bukan ramai yg dapat senang tu... sbb susahhh. ramai ke yg boleh bwk kapal terbang? kau boleh? kau boleh? angah pun tak boleh. dah 20 tahun berangan je... pasal tu dia ckp tadi kalau dari dulu dia usahakan, mgkn berjaya kut... masalahnya berapa ramai yg sanggup susah untuk senang? korang dulu masa study pun dah nampak.... study last minit. sbb apa? sbb taknak susah dulu untuk senang kemudian. sume nak senang dulu, dan akhirnya dapat susah." aku cuba tunjuk pandai..

oooooo................ baru faham sikit.

Wednesday, July 29, 2009

Tuesday, November 28, 2006

datar

damai yg nampak
sejuk yg terasa
indah yg terpapar
ketenangan dijiwa
ketenteraman diminda
percikan air yg berkilauan
apabila bot menyusur membelah dataran

mata yang dipejam
deria bagai serasi dgn alam
harum segar udara di hulu
terasa tubuh dibelai bayu
hutan membisik gelombang yg merdu

pokok-pokok yg melambai-lambai
lampam-lampam berkawan-kawan
helang bertenggek mengintai haruan
burung kenyalang sedang berdua-duaan

mlm sepi dingin tanpa tamadun
sesekali sayup jeritan buas kedengaran dari belantara di daratan
cahaya bulan menerangi malam
menikmati juadah di planta terapung

Thursday, July 23, 2009

patutkah? berbaloi kah?

sepasang manusia yang agak.... tapi takde la kaya sgt.
tetapi agak mewah di kalangan saudara mara terdekat.
mempunyai 3 org anak
.. happy family
rumah besar.. kereta pun besar

suatu hari....

pada detik yang sama.

si suami kene outstation ke jb 2 hari.
si isteri kene outstation juge ke langkawi selama 7 hari.

bibik? dah booking tiket balik kg indon sebulan.

adik ipar dah booking tiket nak fly ke tioman 4 hari.

anak2? sapa nak jaga? (2 hari je... sepatutnye, sbb bapak diorg masih ada utk 2 hari yg pertama).

ini bukan peristiwa mengejut. sebulan sebelum, dah tahu.

apa soalanya?

anak2? sapa nak jaga?

jawapannya.... adik ipar kene korban tiket airasia. telan air liur sbb tak dapat telan air laut tioman.
sbb 1 .... pasangan manusia tadi tak nak keluar modal hantar anak2 ke nursery.
sbb 2 .... pasangan manusia tadi tak nak keluar modal jemput sedara kat kg tolong jaga anak.
sbb 3 .... si suami pada waktu freenye (2 hari tu lah...sebok pulak nak main golf dgn kawan2.)

hehh hehh....

soalan seterusnya...dari segi adatnya lah...
patutkah?
berbaloikah?

Monday, July 13, 2009

aku, farid dan cik intan - bab 7

sahabat karib skuba diving Bro Sam nak makan durian pulak. aku mempelawa beliau dtg ke rumah kerana di seberang kondo tu ada org jual durian yang sgt sedap yg diberi nama 'durian udang merahhh'

"halo...bro... bawak angah skali ye. kalau boleh yg lain2 sekali. gua dgn farid tunggu kat umah gua. mlm ni le.... kul 9 cantik la tu. comfirm la brape org. gua dgn farid boleh beli siap2 kang...sebakul... dua bakul..."

"ok ok..... . gua kene tunggu diorg kat petronas beb.. lu standby je kat umah."

"jgn lambat ye.... lewat setengah jam kalu, lu kene jadi AJK buat air. sbb gua dgn farid time tu la nak berebut durian. sbb tokey durian mmg start jual kul 9.30. "

"ooo... mungkin pesan tok guru dia kut"

ehhh...

bro sam mmg selalu dtg rumah aku.. biasa la dok mengajak aku skuba.... mmg aku tak sabar nak skuka dgn dia. sbb nak tanya pasal buah hati yg sedang ranum tu. soalan tu masih belum terjawab. adakah sam dan cik intan mengenali diantara satu sama lain? kenapa hujah cik intan pasal lagu sama dgn sam? adakah mereka pernah berkasih tanpa pengetahuan aku? adakah cik intan isteri sam? atau janda sam? mereka dah ada anak? oh tidakkkk......
so bro sam yg tahu rumah aku. kawan2 yg lain tak tahu lagi. Mgkn sbb mereka tak skuba, atau mereka skuba jugak tapi tak ajak aku... hehh.

sebenarnya malam ni adalah malam gathering kawan2 masa kat U dulu. dah bertahun tak jumpa. dah bnyk kali plan tapi tak pernah yg jadi. biasa la... masing2 dah bnyk komitmen. jadi dlm email tempoh hari, aku offer la makan durian kat umah...

angah, fuat dan ejam adalah seorang lagi sahabat aku selain farid dan bro sam. kami dulu sama2 berjuang di medan perang. ya.. perang dgn kertas soalan.... hehe...
skrg angah adalah seorang multybusinesman. dia bergerak laju beb. tak ingat dunia punya.walaupun apa yg diusahakannya adalah berkenaan dunia.. huhh
"lu cakap je nak meniaga ape beb.... kerepek?. packaging?... air tebu?... kat mana nak cari tebu? kat mana nak cari mesin tebu? sume boleh beb.... lu kalau tak start sampai bila pun lu asyik tgk motor gua je. kereta gua... hp gua... " itulah motivasi dari angah sebelum aku dan farid baru nak mula2 bukak bisnes..

"kau buat ape skrg ngah"
"gua semakin hebat beb"
huhuuu.... "oi korang tak tau ke.. red, cuba ko intai kat bwh tu, ada apa yg luar biasa?" bro sam dah tau sbb diorg dh berjumpa kat petronas tadi..
"ada awek bogel ke...?" farid menjawab dgn mulut penuh dengan durian dan bijinye sekali.
"e e lee.... kepala otak lu takde pikir lain ye" aku memeriahkan suasana..
"lu pegi la jenguk... gua dah tgk tadi... kagum bebb..." sam mencelah.
"ape yg kagum? angah bwk awek cun ke? bawak la naik.. gua pun nak kagum jugak. tinggal kat bwh buat apa?"
"malas la ko ni red..... hummer h3 tu..!"
"ah... iyo la tu"
"lu bisnes apa skrg ngah" aku mencelah lagi.
"gua jadi supplier beb... mechanical parts. harga ratus ribu punye beb. untung atas angin je..."
"contoh?" farid mula menyoal sambil bingkas bangun ke balkoni untuk mengintai hummer angah.
tak sempat angah nak jawab farid bertanya lagi.. "mane?"
" kat pokok kelapa luar tu... merah oren"
"huuu... eh rokok habis la... aku nak gi 7e. ko nak kirim ngah, sam?"
"eh sejak bila pulak ko rajin turun beli rokok ni. rokok kat depan mata ko tu berlambak lagi"
"dengki la diorg ni ngah...... "
"kejap lagi la beb. habiskan durian tu dulu.... pastu angah nak belanja kita karok ni. merasa la kita naik kete dia nanti" suara fuat kedengaran bersama bunyi flush toilet.
"ehhhh, mcm tu pulakkk" angah takde hal punye.

bersambung

Monday, July 06, 2009

apakah perbezaan diantara golf dan badminton?

luuuu main la raket kat mana2 pun. kat dewan ke... kat sekolah cina ke...kat seluruh benua, lu akan main kat dalam gelanggang tu lah jugak. kotak empat segi ada net kat tgh.

Tapi golf lain beb....
lain padang lain belalang.
ada yg bukit2, pasir, kalau tepi laut, nak ambik kira angin pulak, ada yg bila terkorner sikit dah masuk hutan.

Formula One? F1? pun sama standard dgn golf, setiap negara litarnya berbeza2.
Bola? hhmmmph... world cup ke... euro ke... epl ke.... sama je padangnye.... mcm main karom, chess, bowling...

Pancing? ya..... sukan memancing adalah sama standard dgn golf dan F1....

Selamat memancing..