Lihat Pada Laut

Monday, October 16, 2006

Fasa 3

Begitu cepat masa berlalu ramadhan yg penuh berkat hampir meninggalkan kita. Fasa 3 sedang bermula iaitu 10 malam yg terakhir dimana 10 mlm yg pertama dan kedua telah pun kita laluinya bersama. Alhamdulillah. Marilah dengan kesempatan yg masih ada ini kita kembali memuhasabah diri. Adakah kita berpuas hati dgn kualiti puasa kita selama 20 hari yg lepas? Adakah kita telah mula memikirkan hari raya tanpa mempedulikan lagi ramadhan yg hampir pergi? Adakah kita meningkatkan amalan untuk 10 mlm yg terakhir seperti yg dianjurkan Rasulullah S.A.W atau semakin pudar kerana masa-masa itu telah diisi dgn permainan bunga api? adakah kita dapat merasakan kesedihan untuk berpisah dgn ramadhan pada tahun ini??

Wednesday, October 11, 2006

Hikayat

Pada suatu ketika dahulu, ada seorang ahli sufi sedang menjual kain hasil dari tenunannya sendiri. Seorang insan yang mengamati hasil tenunan ahli sufi itu ingin membeli kain tersebut. Orang ini bertanya kepada ahli sufi
"wahai pakcik, berapakah harga kain tenunan ini?"
pakcik itu pun menjawab "rm25 je cik"
Lantas orang yang ingin membeli kain tadi terkejut mendengar harga yang dikemukakan oleh ahli sufi tadi.
"wahai pakcik, kenapa harga kain tenunan ini begitu mahal sedangkan hasil kerja dan mutu tenunannya tidaklah begitu baik?"
dengan sedih ahli sufi itu menjawab "wahai cik yang mulia, saya telah mengerah tenaga sehabis-habisnya untuk menyiapkan kain tenunan ini. Dengan tekun dan kesungguhan saya menyiapkan tenunan ini dengan begitu teliti." lalu ahli sufi itu pun menangis dengan kesedihan yang amat sangat. Si pembeli berasa sedih dan simpati kepada ahli sufi itu tadi. Dia telah mengambil keputusan untuk membeli kain itu dengan harga yang dikatakan oleh ahli sufi itu "baiklah pakcik, saya akan membeli kain tenunan pakcik dengan harga yang pakcik tawarkan tadi. pakcik janganlah bersedih ye" si pembeli cuba meredakan kesedihan ahli sufi. Dia menyangka ahli sufi itu bersedih kerana wang tetapi dia menyedari jangkaannya salah apabila ahli sufi itu berkata... "wahai cik yang berilmu tentang tenunan, saya berasa sedih bukanlah kerana cik ingin meminta kurangkan harga kain ini, tetapi saya berasa amat sedih apabila saya mengandaikan apa yang telah saya lakukan selama ini yang saya sangkakan sudah cukup sempurna, sebaliknya tidak sempurna dan tidak memuaskan hati cik yang bijak tentang tenunan setelah saya membentangkan kain ini pada cik. Jadi.... saya teringat tentang amal ibadat saya kepada Allah. Adakah Allah akan menerima amal ibadat saya ini? Saya telah beramal lebih daripada 30 tahun. Tetapi bagaimana apabila amalan saya itu dibentangkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana tentang segala sesuatu?"

~skrip telah diubahsuai kerana tak pasti skrip yang sebenarnya diantara ahli sufi dengan si pembeli

Thursday, October 05, 2006

Doa

Nabi S.A.W telah bersabda yg maksudnya (lebih kurang sbb tak ingat ayat penuh); tiga golongan yg Allah terima doanya ialah orang yg berpuasa sehingga berbuka, pemimpin yg adil dan org yg teraniaya.

Jadi sempena bulan yg mulia ini, insya Allah kita adalah tergolong dlm kumpulan hadis ini iaitu org yg berpuasa. Allah suka org yg berdoa kepadaNya. Mohonlah kepadanya sbb kita mmg bergantung harap sepenuhnya kepada Alah S.W.T yg Maha Esa. Jangan jadi manusia yg sombong. Kita tidak akan dapat berbuat atau mengecapi apa-apa tanpa keizinan dan kehendakNya. Berdoalah dgn penuh keyakinan dan penuh harapan. Yakinlah bahawa sesungguhnya Allah Maha Mendengar. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Antara adab berdoa ialah kita mulakan dgn bacaan Bismillah, pujian kepada Allah, kemudian selawat ke atas nabi, lepas tu minta keampunan untuk diri sendiri dan ibubapa, kemudian boleh lah doa apa saja yg kita mahu. Sebagai penutup doa, kita berselawat semula dan diakhiri dgn pujian kepada Allah S.W.T.

Untuk doa yg mustajab, kita perlu berada dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar, menjaga makanan kita supaya datangnya dari sumber yg halal sama ada dari segi isi kandungan makanan itu sendiri, mahupun sumber kewangan yg kita perolehi untuk membeli makanan itu.

Dalam hadis yg lain ada menyatakan bahawa antara waktu-waktu yg sesuai untuk berdoa adalah ketika org sedang tidur (2/3 malam), ketika sujud, dan sebagainya. Ini bukan lah bermaksud waktu-waktu lain tidak sesuai untuk berdoa. Berdoalah pada bila-bila masa. Lebih-lebih lagi pada bulan ramadhan yg penuh berkat ini. Berdoalah...... Allah akan memakbulkan doa kita di bulan puasa ini sama ada di dunia atau pun di akhirat kelak. Insya Allah.

Tiga Serangkai

Tazkirah zohor semalam menceritakan bahawa pada bulan ramadhan ini kita disarankan mengejar tiga perkara iaitu puasa yg sempurna, membaca Al-Quran dan lailatul qadar.
i) Puasa yg sempurna ialah bagaimana kita menjalani ibadah puasa di siang hari dan begitu juga pada malamnya. Rohani dan jasmani, jiwa dan raga, fizikal dan spiritual. Semoga mencapai tahap puasa yang tertinggi pada bulan ramadhan ini.
2) Melazimkan membaca Al-Quran pada bulan ramadhan adalah satu perkara yg patut dilakukan kerana pada bulan inilah Allah S.W.T telah menurunkan Al-Quran. Cubalah bertadarus dan khatam sekali atau dua kali. Jika tidak berkesempatan cubalah sedaya upaya untuk membaca Al-Quran setiap hari walaupun dgn hanya satu muka surat. Dgn erti kata lain, -melazimkan.
3) Kita patut berusaha untuk meraih malam lailatul qadar. Berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya. Nabi S.A.W telah meningkatkan ibadatnya pada sepuluh malam terakhir untuk meraih malam yg lebih baik dari seribu bulan ini