Lihat Pada Laut

Friday, March 30, 2007

mendung

awan yg berarak perlahan
mendung yg kelabu
tak semesti hujan..... (petikan lagu en. awie)

hujan adalah rahmat.
semua org tahu... tapi tak semua org ingat pada ketika hujan mula turun.
ada yg dah mula merungut bila cuaca mendung
dan ada yg mengeluh bila hujan mula turun
harap2 itu hanyalah keluhan spontan pada awal jelingan ke langit atau titisan pertama yg membasahi kulit
-alamak.... hujann!!
-habis la baju aku... tak kering!!
-eh... hujan ke? aduhhhh.... leceh betul la...
-bos.. saya trap kat bawah jembatan ni.. baju habis basah.. tolong punch kad ye..tq..:)

ampuni lah dosa kami Ya Allah.

hakikatnya hujan adalah rahmat dariNya.

namun.....ada yg suka pada mendung... hehh..
sebagai as-sebab... mungkin mendung boleh menceriakan jiwanya
suasana bagai pagi, sejuk, berangin.... fuhh... segar rasanya
awan hitam tebal rendah bergerak perlahan
mungkin masa tu tengah lepak kat tepi laut ke..
sedang bersiar2 di taman ke...
mungkin sedang mengayuh basikal dari rumah ke padang sekolah untuk bermain dgn rakan2
mungkin juga sedang berdua di cafe terbuka..
yg pasti...
apabila mendung datang.... hati jadi girang, senyum, sejuk, nyaman...

hujan? mgkin pada ketika sedang bermandi-manda di tepi pantai,
bermain di padang bola, atau sedang menunggang motosikal pulang dari kerja..
ye.... ada org yg merungut...
tetapi, ada org yg suka jugak.
jgn ade kilat udah le.... takuttt.

..... kat Malaysia ni aku dah jumpa dua org yg suka pada hujan.
-aku dan kamu :)

Wednesday, March 28, 2007

Friday, March 23, 2007


lihatlah pada besi-besi ini
gah berdiri penuh gemilang
di suluh setiap malam bagaikan seorang bintang
berseri-seri dan bercahaya terang
tegak tiangnya sebagai lambang
negara kini sudah terbilang
wahai besi-besi yg sedang dikagumi
aku tahu kalian bersatu hati
setiap satu berpaut ke arah tiang seri
saling kukuh mengukuh dengan ikatan sejati
saling bantu membantu untuk menguatkan diri
wahai tiang seri yg sedang elok
aku tahu kerisauanmu
penyatuan dan kemuafakan yg berterusan kan?
hehh.... jika setiap anggotamu mula berpecah,
saling tidak berpaut lagi pada yg asas
kau akan goyang
kau akan tumbang
kau akan dicampakkan entah kemana
kau akan dihina
tiada lagi kekaguman
tiada lagi suluhan lampu terang
tidak akan berdiri lagi
wahai saudara
bersatulah
berjemaahlah
perjelaskan matlamat yg lurus itu

Monday, March 12, 2007

sabtu 3 Mac,

seawal jam 7 pagi, ibu telah menelefon dari kampung bertanya kabar berita. "demam lagi ke?" itu lah antara perbualan kami. Selepas itu aku pun pantas menunaikan solat subuh (dah penghujung waktu).

Pagi itu sungguh indah. Nyaman. Mungkin sebab aku baru baik demam maka aku dapat satu perasaan yg sangat luar biasa. Rasa macam aku berada masa zaman sekolah dulu. Fresh... lapang dada.... fikiran tak berserabut... sebelum ni aku pernah rasa perasaan mcm ni (kalau tak silap 2kali). dan kalau tak silap jugak sebab musababnya adalah apabila aku terdengar lagu awie dan ziana (lagu raya-dihari mulia). hehh... mungkin gitar dlm lagu ni selari masa zaman aku kat sekolah dulu. pasal tu aku teringat balik atau terfeel balik masa zaman-zaman best dulu.
Cuma kali ni lain sikit. Aku tak dengar pun lagu tu. yang pasti aku baru baik dari demam.

Seawal jam 8 pagi aku dah mula bukak movie...cerita ni aku beli kat pasar malam beberapa hari sebelum tu. cerita yg meletup beberapa bulan sebelum tu. cuma aku yg lambat nak ada rasa nak tgk. Pagi tu aku mengambil kesempatan untuk melayan cerita ni. Dgn perasaan yg luar biasa yg aku alami, dgn suasana yg masih pagi, aku telah memilih cerita yg betul..... "cinta"...
Mmg best la cerita ni... ringan... ringkas.... tak banyak konflik yg membebankan... penuh dengan muzik dan lagu latar yg sesuai... yg boleh menyentuh hati.. (bukan sedih tp mmm mungkin hiba ada, gembira, senyum). satu cerita yg relaks... gaya persembahan yg bersuasana.... ok la kalau nak dibandingkan dgn cerita yg meletup dgn bermodalkan pelakon dan glamor aje. tapi penulisan cerita, skrip, lakonan, arahan, teknik sunting, sudut camera,... hancur, kecewa, malu pun ada... hehehe.

Aku masih berada di dalam suasana dan perasaan yg luar biasa. Hingga ke malam. Jadi mlm tu aku layan cerita 'holiday" pulak. Ermmm.... best jugak... aku mmg suka kat Cameron Diaz tu sejak dia berlakon dlm filem "something about Mary"..... thats rite.... u are so lovely. cerita ni juga bagus. ada suasana. ada rasa. sampai ke hati.

hari ni dah 12 mac. Alhamdulillah. Aku masih dapat merasai perasaan yg luar biasa itu. bagai terimbas kembali suasana ketika zaman kanak2, sekolah rendah dan sekolah menengah... sesekali zaman poly. aku kembali suka pada mendung, pada hujan... yg telah beberapa ketika aku tak rasa apa2 bila mendung dan hujan. Bukan teringat peristiwa lama.... tapi perasaan yg dilalui pada waktu itu.... rasa macam nak ade girlfrend.... hehhh.
rasa macam nak jln2 kat pertama kompleks, lot10 dan sg wang mcm dulu2.... (masa dulu mana ada klcc).... tak dapat nak diterjemahkan lah... rasa mcm duduk pada zaman mgkn 15 tahun lepas.

Saturday, March 03, 2007

pandangan tiga segi

malam tadi aku singgah di sebuah kdai makan. untuk makan. lepas tu aku nak kene makan ubat. demaaaammm. semasa menunggu order, ada seorang gadis sedang duduk di atas tembok tepi kedai tu. tapi aku langsung tak ambik pot.. dlm hati cuma berkata 'mungkin sedang menunggu seseorang'. sbb keterampilannye tak menunjukkan dia nak berdating ke ape ke..
apa yg di order dah sampai "nasi goreng kampung taknak ajinomoto dan air suam". masa makan aku langsung tak tgk kt awek tu. makan. tapi tak habis. maklum lah org demam selera kurang sikit. awek tu masih kat tambok rupanya. biasalah lepas makan nak tarik co2 yg bertopengkan o2. tapi stok dah habis. aku pun bangun pegi ke kedai berhampiran beli dunhill 14' smbil memberi isyarat kat pekerja kedai makan yg bermaksud "kejap... nak beli rokok. nanti duduk balik. belum byr lagi tu" hehh... aku tahu dia faham isyarat yg aku lemparkan.
sekembalinya aku dari kedai sebelah, aku melihat "eh... awek ni dah duduk kat meja sebelah. dah ada boyfrend. manis boyfrendnye".
apa yg aku nak cerita ni ialah lirikan mata gadis ni kat boyfrend dia... pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
tadi aku tak nampak pun. skrg dia dah tunjuk kejelitaannya. aku tgk lelaki tu biasa lah... kejap tgk dia kejap belek hp, kejap kang sedut air sambil bercerita. Tp awek ni..... chk chk chk.... langsung tak lepas sekelip pun lirikan nya pada boyfrendnya itu. dan aku.... hehehhe... dari sebelah pun tak lepas memandang kat mereka. 90% kat mata gadis tu la. huhh.... kalau aku jadi lelaki tu pun mgkn menggelabah juga..jelingannye manis. senyumannye pun sama. time dia nak minum baru la dia melepaskan matanya dari mata budak lelaki tu dan terus ke air. tp dlm perjalanan nak menuju ke air tu, matanya sempat singgah ke mata aku sepintas lalu. hehhh... mgkn dia tahu yg aku sedang memerhatikannya. mgkn dia juga tahu yg dia mmg mempunyai wajah, mata dah senyuman yg menarik. dan mgkn dia juga tahu yg aku juga suka melihat mata dan senyumannya.
dah selesai menarik co2. aku pun bangun. bayar. dan chow. (nak makan ubat)