Lihat Pada Laut

Saturday, March 03, 2007

pandangan tiga segi

malam tadi aku singgah di sebuah kdai makan. untuk makan. lepas tu aku nak kene makan ubat. demaaaammm. semasa menunggu order, ada seorang gadis sedang duduk di atas tembok tepi kedai tu. tapi aku langsung tak ambik pot.. dlm hati cuma berkata 'mungkin sedang menunggu seseorang'. sbb keterampilannye tak menunjukkan dia nak berdating ke ape ke..
apa yg di order dah sampai "nasi goreng kampung taknak ajinomoto dan air suam". masa makan aku langsung tak tgk kt awek tu. makan. tapi tak habis. maklum lah org demam selera kurang sikit. awek tu masih kat tambok rupanya. biasalah lepas makan nak tarik co2 yg bertopengkan o2. tapi stok dah habis. aku pun bangun pegi ke kedai berhampiran beli dunhill 14' smbil memberi isyarat kat pekerja kedai makan yg bermaksud "kejap... nak beli rokok. nanti duduk balik. belum byr lagi tu" hehh... aku tahu dia faham isyarat yg aku lemparkan.
sekembalinya aku dari kedai sebelah, aku melihat "eh... awek ni dah duduk kat meja sebelah. dah ada boyfrend. manis boyfrendnye".
apa yg aku nak cerita ni ialah lirikan mata gadis ni kat boyfrend dia... pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
tadi aku tak nampak pun. skrg dia dah tunjuk kejelitaannya. aku tgk lelaki tu biasa lah... kejap tgk dia kejap belek hp, kejap kang sedut air sambil bercerita. Tp awek ni..... chk chk chk.... langsung tak lepas sekelip pun lirikan nya pada boyfrendnya itu. dan aku.... hehehhe... dari sebelah pun tak lepas memandang kat mereka. 90% kat mata gadis tu la. huhh.... kalau aku jadi lelaki tu pun mgkn menggelabah juga..jelingannye manis. senyumannye pun sama. time dia nak minum baru la dia melepaskan matanya dari mata budak lelaki tu dan terus ke air. tp dlm perjalanan nak menuju ke air tu, matanya sempat singgah ke mata aku sepintas lalu. hehhh... mgkn dia tahu yg aku sedang memerhatikannya. mgkn dia juga tahu yg dia mmg mempunyai wajah, mata dah senyuman yg menarik. dan mgkn dia juga tahu yg aku juga suka melihat mata dan senyumannya.
dah selesai menarik co2. aku pun bangun. bayar. dan chow. (nak makan ubat)

1 Comments:

Post a Comment

<< Home