Lihat Pada Laut

Friday, November 10, 2006

Tak logik

Semalam aku telah di uji dengan suatu perkara yg mencabar ego dan sabar. Namun entah kenapa aku terlalu cepat mengalah... adakah aku seorang yg pengecut?
Ada seorang budak ofis ni (umur dalam awal 40an kut), dia berkerja overtime sehingga malam. Mungkin dah kebiasaan dia akan meletakkan keretanya di kawasan motor bawah bangunan ofis tu. Jadi mlm tadi aku dah letak motor aku di kawasan tu (mmg kawasan motor pun). Dia mintak aku mengalihkannya. Aku pun takde la hal sangat. Boleh je... cuma sambil-sambil aku nak mengalihkan motor, sempat la aku sound dia sikit. Mcm biasa la.... sambil gurau-gurau. "ni tempat motor la brader... bukan kete..." Sbb tertanya2 jugak la kat buah fikiran aku ni ape ke hae nye dia nak parking kat situ sedangkan tempat letak kete ade je kat sebelah tu (tapi tak berbumbung la).. pada aku itu dah dikira 'mengada-ngada' dan menyusahkan orang. Yang aku heran tu apsal dia tengking aku selepas aku sound dia tadi. "eh, sukati aku la aku nak letak kat mana. Haa.. sekarang kau nak hentak aku? hentak la... aku sikit pun tak gentar. jgn la nak mempertikaikan pulak. Aku suruh baik2. Org lain aku suruh ok je..."
hehh..... aku pun tak tau nak jawab apa. Aku tengok je dia. Sbb aku heran... tak logik.. apa rasional dia nak marah aku sampai tengking2 mcm tu. bukan parking dia.. bukan ada nama dia kat parking tu... dan yg pasti, itu adalah parking motor. Pendek kata kalau dibawak kes ni kat mahkamah mana2 pun, aku mmg boleh menang besar. jadi sepatutnya kene pakai konsep pat pat nye sape dpt die punye le. (itu pun kalau nak ngada-ngada parking kete kat situ)
Tapi aku jugak sedikit heran kat diri sendiri. Kenapa aku cuma jawab balik tengking dia tu kat dalam hati je. Seingat aku masa tu aku sempat fikir kalau aku debik mamat ni, mmg celah gigi je. tapi dia budak opis aku jugak. nanti panjang cerita. mgkn tak selesai mlm tu. mgkn dia boleh upah org lain repeat lawan gusti dgn aku. dia org lama. bnyk pengaruh..... jadi aku cuma jwb "satu keje pulak (nak alih2 motor)" dan "macam2 ada".... aku pun alihkan le motor tu... (moto tu mmg aku tinggalkan kat opis untuk kesenangan aku bergerak di waktu keje. lagi pun dia jimat minyak) Selepas aku alihkan motor tu aku pun start kete la nak balik. Masa kat dlm kete baru aku terfikir pulak "sepatutnye aku terus blah je. takyah nak alih2. mmg bukan parking dia. sapa suruh tengking2. elok2 aku nak alih, ko tengking pulak. berani ko alihkan moto aku, besok ko siap!! patut aku jgn alihkan. teus je balik. aku rasa mcm dah melibatkan maruah. rasa terguris sikit maruah tu. menyesal pulak sikit. (sume sikit2 je).
so... mcmana? betul ke tindakan aku tu atau aku patut buat yg 'sepatutnye'?




2 Comments:

  • Org yg mulia adalah org yg memilih utk tidak membalas ketika dia mampu utk melakukannya ; )

    By Blogger areyoung, at 7:20 PM  

  • terima kasih... kadang2 kita ada rasa nak mengajar org mcm ni tentang adat dan adab. pasal tu kita tegur. tapi nampaknye takde rezeki dia lah nak diajar. mgkn saya yg lemah... tapi betul la tu... lebih baik kita berdiam diri daripada membesarkan perkara yg kecil

    By Blogger boe~, at 2:01 PM  

Post a Comment

<< Home