Lihat Pada Laut

Wednesday, October 11, 2006

Hikayat

Pada suatu ketika dahulu, ada seorang ahli sufi sedang menjual kain hasil dari tenunannya sendiri. Seorang insan yang mengamati hasil tenunan ahli sufi itu ingin membeli kain tersebut. Orang ini bertanya kepada ahli sufi
"wahai pakcik, berapakah harga kain tenunan ini?"
pakcik itu pun menjawab "rm25 je cik"
Lantas orang yang ingin membeli kain tadi terkejut mendengar harga yang dikemukakan oleh ahli sufi tadi.
"wahai pakcik, kenapa harga kain tenunan ini begitu mahal sedangkan hasil kerja dan mutu tenunannya tidaklah begitu baik?"
dengan sedih ahli sufi itu menjawab "wahai cik yang mulia, saya telah mengerah tenaga sehabis-habisnya untuk menyiapkan kain tenunan ini. Dengan tekun dan kesungguhan saya menyiapkan tenunan ini dengan begitu teliti." lalu ahli sufi itu pun menangis dengan kesedihan yang amat sangat. Si pembeli berasa sedih dan simpati kepada ahli sufi itu tadi. Dia telah mengambil keputusan untuk membeli kain itu dengan harga yang dikatakan oleh ahli sufi itu "baiklah pakcik, saya akan membeli kain tenunan pakcik dengan harga yang pakcik tawarkan tadi. pakcik janganlah bersedih ye" si pembeli cuba meredakan kesedihan ahli sufi. Dia menyangka ahli sufi itu bersedih kerana wang tetapi dia menyedari jangkaannya salah apabila ahli sufi itu berkata... "wahai cik yang berilmu tentang tenunan, saya berasa sedih bukanlah kerana cik ingin meminta kurangkan harga kain ini, tetapi saya berasa amat sedih apabila saya mengandaikan apa yang telah saya lakukan selama ini yang saya sangkakan sudah cukup sempurna, sebaliknya tidak sempurna dan tidak memuaskan hati cik yang bijak tentang tenunan setelah saya membentangkan kain ini pada cik. Jadi.... saya teringat tentang amal ibadat saya kepada Allah. Adakah Allah akan menerima amal ibadat saya ini? Saya telah beramal lebih daripada 30 tahun. Tetapi bagaimana apabila amalan saya itu dibentangkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana tentang segala sesuatu?"

~skrip telah diubahsuai kerana tak pasti skrip yang sebenarnya diantara ahli sufi dengan si pembeli

1 Comments:

  • Kadang2 kita fikir kita ni apa sahaja.. hakikatnya, tak : (

    By Blogger areyoung, at 2:00 PM  

Post a Comment

<< Home