Lihat Pada Laut

Friday, May 29, 2009

aku, farid dan cik intan -bab 6

"aku ada masalah la"
"perempuan?"
"cheh.... kau ingat aku kaki betina mcm kau?"
"duit?"
"lebih kurang la"
"berapa kau nak?" saja je buat2 berlagak. farid kan my best frend. nak berlagak dgn org lain nanti org menyampahkan....
"aku nak beli bnyk benda ni" farid merenung jauh ke kolam (bekas lombong bijih kut).

hari ni aku dan farid telah bertemu di sebuah kebun. di dalam kebun itu ada sebuah kolam. bos kebun ni adalah member farid. sebaya dgn farid. menurut cerita farid, dia selalu lepak di kebun ni pada waktu petang, dan kadang2 hujung minggu farid, bos kebun dan kawan2 tempatannya akan berehat di kebun ni sampai ke tgh mlm. mereka akan berbarbique, memancing, bersampan dan melastik ke bintang. hehh...

"lawa kebun member kau ni ye... mana dia"
"sapa? kumai?"
"ye le....."
"outstation.... dungun..."
"abis, sape jaga kebun dia ni.... "
"ada la budak2 dia...jom aku bwk kau pegi pulau tu"
"life jaket ade ke"
"tak payah.... i jump u jump la....heeeee."
ewah2...
aku dan farid menaiki bot berenjin 15 kuasa kuda. farid menjadi nakhodanya. "haa... kau duduk depan. duduk diam2" cheh.... takpe takpe.... kebun member die... bot member die......

sebaik saja enjin dihidupkan, farid dgn enjin sangkutnya memecut sampai out of meter. habis satu lombing dia bwk aku pusing. aku kat depan pun menikmati angin dan percikan air lombong. farid buat corner baring. aku layan je... dia ingt aku takuttt. hmmp!!

habis satu pusingan pertama, farid mula memperlahankan bot. buat pusingan yg kedua sambil memberi penerangan kat aku pasal kebun member dia tu......

"oi.... kau tau dulu tempat ni hutan banat. tgk skrg. nenas ada. pisang ada. dragon ada. tebu pun ada... dlm air ni talapia merah ada, patin, ruan, keli, baung"
"hebat member kau nia ye"
"zaman skrg nak berkebun pun kene kaya dulu. kalau tak susah. dia dah habis 50 ribu ni. hasil takde lagi"
"ni tanah kerajaan kan"
"yes tapi kau cuba tgk.... sebelah kanan landasan keretapi, sebelah kiri sungai dan pencawang. kita kat tgh2 ni, atas lombong. so kemungkinan untuk 30 tahun ni takde pembangunan la kut kat sini.... tapi kumai dah mohon T.O.L (hak sementara). dlm proses la tu. lombong ni akan jadi pusat memancing. kebun keliling ni akan jadi taman rekreasi dan taman herba. aku nak ambik seekar buat cili fertiliser. bagi aku 10 ribu..."
huuuuhhh.... lurus je cerita farid. bagi aku 10 ribu???
"hoi .... bagi aku adik perempuan kau dulu."

bersambung...

Thursday, May 28, 2009

memartabatkan bahasa?

bahasa melayu telah pun mempunyai ribuan perkataan untuk menterjemahkan maksud. oleh itu kenapa sesetengah penulis akbar, majalah, skrip dokumentari (rencana) dan artikel-artikel suka memelayukan perkataan inggeris. sebagai contoh : berdiskusi. kitakan dah ada perkataan berbincang yg dah kita gunakan selama beratus tahun. mengikut dari pengalaman, perkataan2 yang berbentuk teknikal sahaja yang relevan (sesuai) untuk kita pinjamkan ke dalam bahasa melayu seperti spark plug, starter, plyer, entalpi, entropi, heat exchanger, beam, column, edit, switchboard, mouse, inovasi, meter, piston ring, H1N1, blogger dan sebagainya. walaupun ada istilah melayunya, tetapi penggunaan istilah inggeris lebih mudah difahami dan dikenali, serta bersifat international standard. apa yang menakutkan kita ialah penggunaan perkataan yang tidak berbentuk teknikal pun nak diinggeriskan sedangkan perkataan melayunya mmg selalu diguna pakai oleh semua golongan masyarakat seperti perkataan bajet=belanjawan, area=kawasan, kongratulasi=tahniah (menyampah betul), karier=? (aku pun dah reti melayunya), karektor=perwatakan dan bnyk lagi yg aku terbaca dan terdengar di tv dan radio. kalau dari mulut org sembang2 kedai kopi takpe, dah trend org skrg guna bahasa campur2. tetapi dlm bentuk penulisan saya rasa tidak wajar kerana ia akan memberi kesan yg sgt bahaya iaitu proses memupuskan bahasa melayu. cuba kita lihat perkataan merealisasikan, infomasi dan stress. dalam tak sedar kita dah memupuskan perkataan menyatakan, maklumat dan tekanan. pernah tak lagi anda mendengar org berkata "cuba menyatakan impian" ada? dah takde kut.... skrg org cakap "cuba merealisasikan impian"

so... (oleh itu).... aku rasa mmg patutlah dulu pernah timbul isu dewan bahasa mandul. aku tak kisah kalau nak diinggeriskan matematik dan sains juga kejuruteraan sbb memang istilah2 yg digunapakai mempunyai international standard. satu dunia faham. atau gunakan bahasa melayu sebagai penghantar tetapi istilah2 teknikalnya kita ikut. (dimelayukan).

aku mendengar indonesia adalah yg paling bnyk meminjam istilah inggeris (yg bukan teknikal) ke dalam bahasa rasminya.

sorry

Tuesday, May 26, 2009

push button

how to start this item?
push the button as shown at the manual

but where's the manual?
u must buy the item. then the manual will follow inside the box. read it first. understand it. im sure u will know how to push the button.

why should i buy the item first? why dont u give me the manual then i can read it. if it easy to me, i will buy it.

sorry sir, there is no time to learn then do. u must do the both at the same time. otherwise u will got nothing. for sure there are some risk as u said just now. but u dont have any choice. if ten years ago, ok. u learn first, then do. but i think its too late for u to do that way. just buy it.

but i dont have enought cash. thats why i must choose very carefully.
its up to u sir.

time is clicking

Monday, May 25, 2009

kenapa apakah?

kenapa kebanyakan filem dan drama melayu tak berapa best?

sebab team pembikin filem malas

kenapa malas?

sebab imbuhan atau pulangan dalam bentuk keuntungan tak begitu memberangsangkan

kenapa tak begitu untung?

sebab sambutan dipawagam merosot

kenapa merosot?

sebab filem tak berkualiti

kenapa filem tak berqualiti?

sebab malas.

so... antara tiga sebab iaitu malas, keuntungan yg sedikit dan kualiti yg sedikit, apakah punca utamanya?

jika kita bandingkan dgn filem atau drama bersiri barat. contohnya transformer, ice age, house, csi, malah seperti kyle xy, smallville, jack n jill, one tree, ed atau seperti prison break, kita rasa cerita mereka mmg hebat berbanding kita.

tak payah nak cerita dari segi teknik dan teknologi, sebab kita ada cukup alasan untuk kalah di situ. tetapi bagaimana pula dgn penulisan skrip? olahan cerita? perwatakan/caractor? camera angle, pengarahan dan pelokon?

action movie/horror... dah tentu out. sebab teknologi kita tak canggih.
tapi bagaimana pula dgn komedi? romantic comedy? love story? drama famili?
kenapa yg ini juga out? sedangkan kekuatannya adalah pada cerita, skrip, caractor dan kreatif. bukan pada teknik grafik yg memerlukan software ribuan ringgit. yg ni tak perlu taknologi kuttt.... yg penting adalah research, gaya skrip, identiti. kalau bersungguh dgn cara yg betul, mgkn kita juga boleh menghasilkan cerita yg hebat.

kenapa skrip dan cerita kita lemah?
mgkin sbb tak ada reseach. atau malas... atau suka sgt tiru gaya org lain.

cuba lihat filem aflin shauki dan yasmin? ok kan. sbb mereka kreatif, ada identiti sendiri. tapi bukan mereka berdua je yg buat filem. kenapa yg berpuluh yg lain tu tak mengeluarkan produk yg sebaik itu?

superhero tempatan? teknologi ada sikit meningkat, tapi idea dan konsep dah ciplak pulakk. sayang seribu kali sayang. mcm dah tak boleh nak fikir sikit je lagi.

aku rasa la....

kalau kita nak buat cerita, nak tiru gaya mat saleh, gaya latin, gaya indon, gaya hindustan, sampai bila pun filem kita tak hebat sgt. maksudnya, kita kene buat cerita kita. skrip cara kita. watak cara kita. komedi cara kita. baru ori beb. produk mgkn lebih bagus sbb mmg dah ada dlm diri dan kehidupan. tak payah susah2 sgt nak tiru gaya org. hasilnya bukan bagus pun. tak jadi mcm matsaleh pun. tak jadi mcm org venuazela pun. lagi pun tak serasi. bayangkan kalau skrip kepolisian kita berbunyi begini.. "pembunuh itu adalah seorang budak"
tolong jgn adaptasikan skrip english ke bahasa melayu "the killer is a kid" guna lah skrip tempatan, bahasa melayu... yg lebih serasi dgn rutin harian. baru lah cerita tu tak keras. asli.

adakah filem tempatan sebenarnya mencerminkan kita?
aku rasa ya.