Lihat Pada Laut

Friday, May 29, 2009

aku, farid dan cik intan -bab 6

"aku ada masalah la"
"perempuan?"
"cheh.... kau ingat aku kaki betina mcm kau?"
"duit?"
"lebih kurang la"
"berapa kau nak?" saja je buat2 berlagak. farid kan my best frend. nak berlagak dgn org lain nanti org menyampahkan....
"aku nak beli bnyk benda ni" farid merenung jauh ke kolam (bekas lombong bijih kut).

hari ni aku dan farid telah bertemu di sebuah kebun. di dalam kebun itu ada sebuah kolam. bos kebun ni adalah member farid. sebaya dgn farid. menurut cerita farid, dia selalu lepak di kebun ni pada waktu petang, dan kadang2 hujung minggu farid, bos kebun dan kawan2 tempatannya akan berehat di kebun ni sampai ke tgh mlm. mereka akan berbarbique, memancing, bersampan dan melastik ke bintang. hehh...

"lawa kebun member kau ni ye... mana dia"
"sapa? kumai?"
"ye le....."
"outstation.... dungun..."
"abis, sape jaga kebun dia ni.... "
"ada la budak2 dia...jom aku bwk kau pegi pulau tu"
"life jaket ade ke"
"tak payah.... i jump u jump la....heeeee."
ewah2...
aku dan farid menaiki bot berenjin 15 kuasa kuda. farid menjadi nakhodanya. "haa... kau duduk depan. duduk diam2" cheh.... takpe takpe.... kebun member die... bot member die......

sebaik saja enjin dihidupkan, farid dgn enjin sangkutnya memecut sampai out of meter. habis satu lombing dia bwk aku pusing. aku kat depan pun menikmati angin dan percikan air lombong. farid buat corner baring. aku layan je... dia ingt aku takuttt. hmmp!!

habis satu pusingan pertama, farid mula memperlahankan bot. buat pusingan yg kedua sambil memberi penerangan kat aku pasal kebun member dia tu......

"oi.... kau tau dulu tempat ni hutan banat. tgk skrg. nenas ada. pisang ada. dragon ada. tebu pun ada... dlm air ni talapia merah ada, patin, ruan, keli, baung"
"hebat member kau nia ye"
"zaman skrg nak berkebun pun kene kaya dulu. kalau tak susah. dia dah habis 50 ribu ni. hasil takde lagi"
"ni tanah kerajaan kan"
"yes tapi kau cuba tgk.... sebelah kanan landasan keretapi, sebelah kiri sungai dan pencawang. kita kat tgh2 ni, atas lombong. so kemungkinan untuk 30 tahun ni takde pembangunan la kut kat sini.... tapi kumai dah mohon T.O.L (hak sementara). dlm proses la tu. lombong ni akan jadi pusat memancing. kebun keliling ni akan jadi taman rekreasi dan taman herba. aku nak ambik seekar buat cili fertiliser. bagi aku 10 ribu..."
huuuuhhh.... lurus je cerita farid. bagi aku 10 ribu???
"hoi .... bagi aku adik perempuan kau dulu."

bersambung...

12 Comments:

  • 10 ribu je?...mintak la 100 ribu since kena tukar dgn adik perempuan...hehehe...

    melastik ke bintang????...

    re:...KL tak pernah sesuai dengan jiwa aku...:-)

    By Blogger patungcendana, at 12:02 PM  

  • adik perempuan... nak! nak! nak!

    By Blogger aloy_paradoks, at 2:54 PM  

  • huh..bisnes baekk tu..

    By Blogger a.k.u.p.e.n.t.o.i, at 5:53 PM  

  • cendana doll - kl bnyk bangunan tinggi. lepak kat atas skali boleh lastik bintang

    aloy - farid mintak 100k ikut nasihat cendana. hehe.

    pentoi - gua appreciete lu singgah sini. thanks

    By Blogger boe~, at 11:48 AM  

  • re:...sakit

    belum sampai tahap kritikal lagi

    makan masih kenyang
    mandi masih basah... :-)

    baru semi-kritikal...huhu

    By Blogger patungcendana, at 11:44 PM  

  • nak lastik bintang gak la...:-)

    By Blogger patungcendana, at 11:46 PM  

  • muahaha..

    By Blogger pijah@hakuna, at 9:53 AM  

  • cendanadoll - kalau sakit lagi jom naik rakit. atas rakit pun kita boleh lastik bintang

    pijah - tq

    By Blogger boe~, at 3:14 PM  

  • jom...expedisi berakit di sg pahang

    By Blogger patungcendana, at 7:03 PM  

  • mana entry barunya...

    By Blogger aloy_paradoks, at 3:35 PM  

  • re:...

    Kesunyian ini terlalu indah
    Walaupun pahit untuk menelan
    Walaupun pedih sanggupku tahan
    Dan kurelakannya

    lirik lagu ini adalah aku...:-)

    By Blogger patungcendana, at 8:20 PM  

  • mmm........melastik ke bintang...
    lama tak buat keje sia2 tu...
    buat sakit tangan jer...lastik tin atau botol lagi best...
    p.s. jgn melastik orang...sakit ooo

    By Blogger buyat, at 11:10 AM  

Post a Comment

<< Home