Lihat Pada Laut

Monday, May 25, 2009

kenapa apakah?

kenapa kebanyakan filem dan drama melayu tak berapa best?

sebab team pembikin filem malas

kenapa malas?

sebab imbuhan atau pulangan dalam bentuk keuntungan tak begitu memberangsangkan

kenapa tak begitu untung?

sebab sambutan dipawagam merosot

kenapa merosot?

sebab filem tak berkualiti

kenapa filem tak berqualiti?

sebab malas.

so... antara tiga sebab iaitu malas, keuntungan yg sedikit dan kualiti yg sedikit, apakah punca utamanya?

jika kita bandingkan dgn filem atau drama bersiri barat. contohnya transformer, ice age, house, csi, malah seperti kyle xy, smallville, jack n jill, one tree, ed atau seperti prison break, kita rasa cerita mereka mmg hebat berbanding kita.

tak payah nak cerita dari segi teknik dan teknologi, sebab kita ada cukup alasan untuk kalah di situ. tetapi bagaimana pula dgn penulisan skrip? olahan cerita? perwatakan/caractor? camera angle, pengarahan dan pelokon?

action movie/horror... dah tentu out. sebab teknologi kita tak canggih.
tapi bagaimana pula dgn komedi? romantic comedy? love story? drama famili?
kenapa yg ini juga out? sedangkan kekuatannya adalah pada cerita, skrip, caractor dan kreatif. bukan pada teknik grafik yg memerlukan software ribuan ringgit. yg ni tak perlu taknologi kuttt.... yg penting adalah research, gaya skrip, identiti. kalau bersungguh dgn cara yg betul, mgkn kita juga boleh menghasilkan cerita yg hebat.

kenapa skrip dan cerita kita lemah?
mgkin sbb tak ada reseach. atau malas... atau suka sgt tiru gaya org lain.

cuba lihat filem aflin shauki dan yasmin? ok kan. sbb mereka kreatif, ada identiti sendiri. tapi bukan mereka berdua je yg buat filem. kenapa yg berpuluh yg lain tu tak mengeluarkan produk yg sebaik itu?

superhero tempatan? teknologi ada sikit meningkat, tapi idea dan konsep dah ciplak pulakk. sayang seribu kali sayang. mcm dah tak boleh nak fikir sikit je lagi.

aku rasa la....

kalau kita nak buat cerita, nak tiru gaya mat saleh, gaya latin, gaya indon, gaya hindustan, sampai bila pun filem kita tak hebat sgt. maksudnya, kita kene buat cerita kita. skrip cara kita. watak cara kita. komedi cara kita. baru ori beb. produk mgkn lebih bagus sbb mmg dah ada dlm diri dan kehidupan. tak payah susah2 sgt nak tiru gaya org. hasilnya bukan bagus pun. tak jadi mcm matsaleh pun. tak jadi mcm org venuazela pun. lagi pun tak serasi. bayangkan kalau skrip kepolisian kita berbunyi begini.. "pembunuh itu adalah seorang budak"
tolong jgn adaptasikan skrip english ke bahasa melayu "the killer is a kid" guna lah skrip tempatan, bahasa melayu... yg lebih serasi dgn rutin harian. baru lah cerita tu tak keras. asli.

adakah filem tempatan sebenarnya mencerminkan kita?
aku rasa ya.

6 Comments:

  • Bro, jom kita keluar dari belenggu yang mencengkam kita selama ni, iaitu belenggu "Pening", tapi nak start dari mana???

    By Anonymous angah, at 5:48 PM  

  • mula dgn ilmu bro...

    By Blogger boe~, at 11:10 AM  

  • lu belajar film ke bro...?

    By Blogger Aloy Paradoks, at 1:27 PM  

  • gua tak blajar tapi gua kaji

    By Blogger boe~, at 2:50 PM  

  • bro,nampaknya payah sungguh utk kita berubah, nak kata duduk di zon selesa, tak jugak, mana salahnya kita ni,kena kembali kepangkal jalan nampaknya, kita dah terpesong jauh.

    By Anonymous angah, at 2:09 PM  

  • itu lah yg sebaik2nya angah. sbb rezeki tu dari Allah jua. tapi jgn la beribadat tgh2 malam sbb nak kaya semata2. beribadatlah seikhlas hati.

    By Blogger boe~, at 2:40 PM  

Post a Comment

<< Home