Lihat Pada Laut

Friday, September 26, 2008

Idul Fitri

Assalamu'alaikum saudara2.

Sampai lah sudah masanya kita berada di penghujung ramadhan. Dalam masa 4 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Sahabat2 ku sekalian....
Hari Raya Aidil Fitri adalah salah satu ibadah. Aidil fitri yg bermaksud 'kembali kepada fitrah' adalah kita sebagai manusia setelah sebulan berpuasa, dgn harapan dgn ibadah yg kita lakukan, mudah-mudahan Allah S.W.T menghapuskan dosa-dosa kita. Maka pada 1 syawal kita menyambut hari kemenangan setelah sebulan berjihad dgn nafsu dan kembali kepada fitrah kehidupan sebagai hamba Allah S.W.T yg bersih suci mudah-mudahan.
Namun, Aidil Fitri bukanlah suatu pesta atau festive season yg kita rayakan setiap tahun dgn segala mcm hiburan yg melalaikan, pergaulan tanpa batas tanpa had muhrim, berpakaian yg haram, berpesta makanan dan bermcm lagi hiburan haram yg kita ada-adakan kerana beranggapan Aidil Fitri itu adalah suatu festival tahunan. Memang 1 syawal datang setahun sekali, dan kita wajib menyambutnya. Oleh itu marilah kita sama2 belajar dan menghayati Aidil Fitri yg sebenar2nya. Apakah cara yg sepatutnya kita menyambut Aidil Fitri. Setelah sebulan berpuasa, menghayati ramadhan sebaik mgkn, patutkah kita menjadi insan yg sebaliknya apabila ramadhan pergi? Sahbat2 ku....
Teruskan usaha untuk mencapai ketaqwaan kpd Allah.
Sambutlah Aidil Fitri mengikut cara Islam yg sebenar2nya. Insya Allah.
Wallahu'alam

3 Comments:

Post a Comment

<< Home