Lihat Pada Laut

Wednesday, September 03, 2008

Ramadan Al-Mubarak

Assalamu'alaikum sahabat-sahabatku semua.

Pasti kalian telah didengari atau disantapkan dgn tulisan tentang bulan yg sangat mulia ini.
Pastinya juga kalian memiliki pengalaman berpuasa di bulan ramadan ini pada tahun-tahun yg lepas. Syukur Alhamdulillah. Dgn limpah rahmat dari Allah S.W.T, kita masih berpeluang untuk menikmati Ramadan Al-Mubarak pada tahun ini.

Sahabat-sahabat.... apa yg kalian rasa setiap kali datangnya bulan yg mulia ini? adakah kalian gembira? atau kalian risau? atau pun tak ada rasa..?

Sahabat-sahabatku yg diingati,
hayatilah Ramadan Al-Mubarak. Ia dtg dan pergi hanya sekali setahun. Ia adalah bulan yg paling mulia dan di dalamnya terdapat hari Lailatul Qadar iaitu satu hari yg lebih baik dari seribu bulan.

Pasti kalian juga tahu bahawasanya pada bulan yg sgt mulia ini, kita boleh melatih diri kita untuk menjadi insan yg cemerlang, insan yg berdisplin, insan yg gagah, insan yg sabar, insan yg redho dan pastinya kita mengharapkan supaya bulan ini sebagai bulan institusi latihan supaya kita boleh menjadi insan yg beriman dan bertaqwa sepenuhnya kepada Allah S.W.T.

Wahai sahabat.... hayatilah ramadan. laksanakanlah perintahNya. Jgn lah kita menjadi sebahagian dari mereka yg rugi dgn hanya mendapat lapar dan dahaga.

Bacalah Al-Quran. Dalami isi kandungannya. Bacalah hadis sohih. Dalami isi kandungannya.

Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W telah berpesan kepada kita semua bahawasanya Baginda telah meninggalkan dua wasiat iaitu Al-Quran dan Sunnahnya. Dan kita tidak akan sesat selagi kita berpegang teguh kepada kedua wasiat ini.

Alhamdulillah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home