Lihat Pada Laut

Friday, July 25, 2008

Hasil khayal 2005

aku, farid dan cik intan.. bab 2

“hehh…” dia tersengeh sambil bersendeng bahu di kerangka pintu dengan memeluk tubuh.
“ciss…..” bentak hatiku dan menjeling sedikit ke arah pintu rumah itu sambil melangkah perlahan-lahan menghampiri mahkluk yg berada di pintu itu selaku memegang jawatan sebagai kawan baik aku tu. Apa motifnya menyambut kedatangan aku tu bagaikan menunggu seseorang yg hendak membayar hutang sedangkan aku datang hanya dgn membawa pisang sesikat, aku pun tak tahu. Seingat aku mlm tadi semasa aku call dia aku cuma beritahu yg aku nak singgah saja sbb menggunakan jln yg berhampiran dgn rumahnya. “petang besok kau ada rumah tak? Aku nak singgah, pastu aku nak pegi seremban”
“apa hal? Datang la…. Aku kebetulan free besok. Tak kemana”
itulah jawapan yg diberikan oleh farid semasa aku call smlm.

“kosong je…. Mana hadiah?”
Hadiah? Aku sedikit terkejut… seingat aku tak ada siapa yg akan kawin pd hari tu. Tak ada siapa yg akan naik pangkat, dan tak ada kawan2 aku yg akan berbini dua pd hari tu.
“hadiah apa?” aku tidak menjawap soalan makhluk yg masih menyendengkan tubuh di kerangka pintu itu sebalik nya aku bertanya pula sebaik saja aku menghampirinya.

Dan dia juga telah mengambil tindakan yg sama dgn tidak menjawab soalan aku sebaliknya menjemput aku masuk ke dalam apartment 10 tingkat itu.

Kami duduk. Bertanya kaba sikit sebanyak. Dan sebagai org melayu kami tak lari dari mengumpat sebanyak sikit. Sebenarnya pada hari tu aku tidak lah hendak ke Seremban tetapi memang aku nak jumpa farid. Ada perkara yg nak aku bincangkan dgn farid. Perkara yg agak mustahak. Pasal cik intan. Taukey butik dan salun kecantikan yg putih gebu itu. Selain drp itu tujuan aku singgah ialah kerana aku rindu pada bilik dan katil yg pernah aku tiduri itu. Sejak 3 bulan yg lepas aku berpindah ke bukit tinggi kerana urusan kerja.

Farid, kawan yg suka membebel dgn ikhlas ni terpaksalah ditinggalkan untuk tempoh yg agak lama. Mungkin setahun dua. Seperti biasa dlm perbualan kami sempat juga farid memainkan peranannya sebagai kawan yg suka membebel. “kau ni tak habis2 dgn cik iintan. Kan dia dah settlekan sume payment, apalagi? kau nak ingat dia buat apa? Dia kan dah nak bertunang.” Cehh…. Bab dia dah ‘nak bertunang’ tu lah yg aku paling tidak suka untuk mendengarnya. Kalau dah ‘nak bertunang’ dgn aku, lain la kan. Sejak aku dan Farid membuat kerja2 rekabentuk dalaman di kedai butik cik intan, jiwa aku sememangnya tidak pernah tenang. Bukan kerana kerja. Tapi kerana taukey butik yg berkulit gebu itu. Untuk di pendek kan cerita, aku terpikat dgn cik intan. Rupa, pertuturan, perwatakan, gerak gerinya, semua nya menarik pada aku. Pendek kata kalau dia terjatuh dari kerusi pun aku akan tetap nampak segala pergerakan itu cantik.
Kali pertama cik intan datang ke ofis aku dulu masa mula-mula nak deal kerja... “cik intan, ini beberapa katalog dan gambar2 contoh yg mungkin sesuai dgn konsep yg cik intan minta.” Aku memberi kan sebuah fail kepadanya sambil mata, hidung, mulut, akal dan hati ku memberi tumpuan penuh kepada wajah cik intan yg kalau di tunjuk kan kepada mak aku pasti segera rombongan meminang akan diuruskan.
“terima kasih” sambil menghulurkan tangan menyambut pemberian fail itu., cik intan sempat memberikan senyuman yg cukup manis sambil melirikkan anak matanya kepada insan yg terlalu girang pada ketika itu.
“kenapa awak pandang saya mcm tu?” tergamam aku bila cik intan bertanya begitu semasa dia sedang membelek-belek katalog yg di ambilnya tadi. Nadanya tidak lah keras, Tidak juga nampak mengada2. Cuma bersahaja. Tapi menarik. “hehh” aku tersenyum dengan modal lapuk iaitu.. Tunduk sedikit sebagai isyarat yg aku terasa malu dgn tegurannya tadi. Ketika itu mata ku terlihat tangan cik intan. Fehh!!! Kalau lah tangan tu boleh dimakan, diratah2 mcm ayam goreng…..
“maaflah cik intan, sejak kecil lagi saya memang suka melihat pada keindahan” aku cuba menduga hatinya. Aku melirikkan sedikit senyuman sebagai tanda yang aku sedang mengusik hati nya.
Dia membalas senyuman ku. Menoleh kebelakang, dan kembali melihatku. “oh maafkan saya, awak lihat decor kat dinding belakang tu ye.. mmm cantik jugak…awak ke yg design?” elehhhh…. Berpura2 la tu. Cuba nak mengelak dari terperangkap dgn situasi yang dia sendiri yg wujudkan. Muka cik intan sedikit kemerahan.
“apa kata awak guna design dinding tu untuk ofis saya nanti. Cuma warnanya kalau boleh saya nak lite kan sikit”
“kalau mcm tu awak pindah je lah kat ofis saya ni….tak payah nak bazir2 buat ofis lain…” “Tak pe. Terima kasih. Saya cuma minat dinding belakang tu je, bukan semua sekali”
aku sedar perbualan kami dah mula melalut jauh. Jauh dari tajuk sebenar. Dan jauh juga dari tajuk nak memikat. Kami diam sebentar. Cik intan terus membelek katalog. Aku pula sedang berbincang dgn akal dan hati nan gersang ini mcmana nak memikat burung nan seorang ini.
Aku mengambil keputusan untuk keluar sebentar dari bilik untuk menyedut sebatang rokok. “cik intan tengok2 lah ye… saya nak keluar sebentar”
“encik, encik nak pegi mana? Tak kan nak tinggalkan saya sorang2 kat ofis encik ni”
cik intan bingkas bangun. Menoleh ke arah ku yg pada ketika itu sedang melangkah ke arah pintu. Rambutnya yg menutup pandangan di selak dan di sangkutkan di telinga. Matanya yg sedikit tajam, sedikit menjeling dan sedikit mcm takut2 melihat kearah ku. Aku melihat sebujur tubuh yg lentik berdiri memandang ke arah ku. Berbaju kurung berwarna krim dgn corak bunga kecil berwarna hijau pudar. Rambut lurus yg telah di sangkut ke telinga. Ulas bibir yg kebasahan.
Yau ow ow!!!

Bermula dari waktu itu lah aku sudah mula terrsenyum sendiri. Sudah mula berkira2 hendak membawa client jambu ini keluar bersiar-siar “cik intan, jom balik” aku berkata di dlm hati.
Ya… cuma didlm hati.
Lebih kurang 5 minggu kerja-kerja mencantikkan kedai cik intan di lakukan. Dan dlm masa itu lah aku menggunakan ruang yg ada untuk mendekati cik intan. Hubungan kami semakin akrab. Kami juga pernah minum di luar bersama. Dlm keakraban itu lah hati ku berbisik sekali lagi kepada akal ku yg semakin hilang pertimbangan ini.
Mengesyorkan agar aku berterus terang dgn cik intan. Berterus terang untuk memilikinya.
“cik intan pegi mana dah 3 hari tak nampak. Call pun tak dapat. Gelisah saya tau”
“gelisah? Kenapa”
“iya laaa. Sampai tiga hari menghilang.”
“emm… sebenarnya saya pegi outstation. Handset pulak hilang dlm perjalanan.”
“outstation?… emm… kenapa tak bagi tau?”
“perlu ke bagi tau?”
“mesti la perlu”
“kenapa?”

sepanjang 3 hari tu akal aku merasakan yg diri aku ini langsung tidak bermakna pada cik intan. Iya lah, kalau bermakna, mesti dia akan call aku ke mana dia pergi, kalau line takde pun mesti dia berusaha untuk cari public phone. Paling tidak pun dia mengirim pos laju kat aku. Tapi untuk memujuk diri yg sedikit hampa ni fikiran baik ku pula memberitahu mungkin cik intan terlalu sibuk, mungkin dia sengaja nak menguji kesabaran aku, mungkin dia saja nak bagi aku rindu kat dia. Mungkin juga dia nak main nyorok2 dgn aku. Tapi bila soalan yg keluar dari mulut cik intan ‘kenapa?’ , telah cukup untuk membuat hati ku yg luhur dan murni ini sebak sesebaknya.

“entah lah. Saya pun tak tahu. Saya rasa mcm tak ada semangat la nak buat keje kat ofis cik intan kalau tuan punyanya tak ada”
“iye? Ish..ish..ish… awak kan profesional. Boleh buat decision sendiri. Lagi pun kan kita dah setuju everything. Buat je lah ikut apa yg dirancang”

memang sah la sebenarnya aku saja yg nak ‘ada apa-apa’ dgn cik intan. Tapi tidak bagi dia.

“hey! Apa termenung pulak ni”
“eh .. tak de apa2. tengah fikir mcmana nak siapkan keje ni cepat”
“elehhh… merajuk la tu. Saya tahu.”

Cehhh!!! Terkebil-kebil mata ku memandang taukey butik yg putih gebu tu. Bagai nak gugur jantung ku ini. Apakah maksud gurauan burung jambu itu. Adakah dia juga sebenarnya mengidam hendak ‘ada apa apa’ dgn ku selama ni?

“hehh…” itu lah jawapan yg mampu aku berikan sambil melontarkan senyuman kepadanya. dan dia membalas senyuman ku. Aduhh !! aku percaya kalau sesiapa pun melihat senyumannya pada ketika itu pasti kalau isteri mereka ajak mandi sama pun mereka akan abaikan sekejap. Dan bermula di situ pulalah hati ku dah hendak ketawa besar. Kalau boleh masa tu juga aku nak ajak dia balik ke kampung aku… tapi… itu semua cuma di dalam hati. Ya! Cuma didalam hati. Sebagai seorang lelaki yg berbudi pekerti, aku harus menyusun langkah dgn lebih bijak untuk memiliki burung ini.

“sebenarnya saya memang nak call awak. Tapi no. hp awak saya tak ingat. Semuanya ada di dlm hp yg hilang tu. Sorry ok” fuhhhh!!! Aku rasa akulah org yg paling gembira di sekitar lembah klang pada hari itu. Aku rasa macam nak berlari mengelilingi bandar K.L lima enam round untuk melepaskan kegembiraan itu

dengan nada yg agak perlahan “ok lah. Tapi lain kali jgn buat lagi. Susah saya.” cisss!! Entah kenapa pula mulut ni bercakap begitu. Untuk menutup kemaluan itu tak semena-mena mulut ini berkata lagi “saya asyik ingat pd cik intan saja tau. Sampai tak boleh buat keje” cisss!!! Lagi sekali. Mulut ini buat hal lagi.
“hmmm….ok lahhh. Saya janji. Lain kali kalau saya gi outstation saya bawak awak sekali ok…”
“hah?”
“dah tu awak tak boleh buat keje kalau saya takde, lebih baik awak ikut saya kan. Sekurang-kurangnya saya ada teman”
JENGG!!! Kali ni aku nak berlari sampai ke bangkok dan turun semula melepasi kastam singapura. Dia kata ‘teman’? Sah. Dia memang nak ber ‘apa-apa’ dgn aku. Sesungguhnya mulut yg celupar tadi telah berjasa kepada aku.

Dan kali ni aku rasa nak terus bawa cik intan pegi kedai emas dan belikan cincin untuknya. Begitulah detik-detik aku mula jatuh hati pada burung jambu yg memiliki butik dan salun kecantikan itu.

“kau bukan tak tahu, cik intan tu nak bertunang atas pilihan keluarga. Bukan pilihan sendiri” aku menjelaskan kepada farid yg sedang membuka peti sejuk.
“tak kira lah. Yg pasti dia dah nak bertunang. Tak kan kau nak halang. Lagi pun kau tu bukan ada apa2 hubungan istimewa dgn cik intan tu kan. Tak tau la kalau kau sorok2 dgn aku selama ni?”

Memang selama ni farid tidak mengetahui yg aku begitu intim dgn cik intan sebab untuk kerja2 di butik cik intan, aku yg menguruskannya. Manakala farid sibuk untuk persiapan kerja2 di bukit tinggi yg aku uruskan sekarang. Seperti yg aku katakan dulu, farid bukan lah seorang kawan yg digemari oleh kawan2 nya. Dia tak pandai nak bergurau. Tapi dia cukup suka mendengar gurauan org lain. Kalau org nak bergurau dgn dia memang di alu-alukan. Tapi biasanya kalau ada dia, kena ada org lain sama. Baru meriah. Kalau hanya berdua dgn dia selalunya suasana akan bertukar menjadi sedikit serius. Sebabnya, farid boleh mendengar cerita dan gurauan tapi tidak mampu memberi tindakbalas yg baik. Pasal itu lah aku katakan tadi jika bertiga, ok. Sebab dia akan menjadi pendengar dan pengketawa yg baik. Namun bagaimana pun aku dah cap farid sebagai kawan baik aku. Kenapa? Tak payah lah aku nak cerita. Korang bukan percaya.

Selepas aku menjelaskan kedudukan antara cik intan, bakal tunang dia dan aku, farid terkebil-kebil buat seketika. Berfikirlah tu agaknya. Dia mencadangkan agar aku mencari kepastian yg sebenar daripada cik intan tentang ‘ada apa-apa’ nya dgn aku. Kalau sungguh, baru cerita kat bakal tunang dia. Sebelum terlambat. Jgn libatkan org tua lagi. Pergi sembang kat tempat lain. Suruh bakal tunang dia tarik diri. Mungkin bakal tunang dia pun dah ada pilihan sendiri. Tapi farid tak suruh aku yg jumpa bakal tunang cik intan. Tapi kalau boleh cik intan sendiri yg pergi berjumpa.

“tadi kau cakap pasal hadiah….. hadiah apa?”
“tak ada apa lah… saja je… tak de benda nak tanya”

aku mengenali farid agak lama. Dan aku faham perangai dia.

“eleh… ckp aaaa!!! Hadiah apa?”
“haha… kau nii….tak ada apa ahh…aku saja je. Sebenarnya aku tak ingat punnn. Cuma bila kau tipon smlm kata nak datang, aku teringat bab janji kau yg dah bertahun-tahun tu. Kebetulan benda tu baru je 2 minggu yg lepas”
“dua minggu lepas? Janji dgn kau? Apa ye?”
“hari jadi aku laaaa…. Tiap-tiap tahun pun kau lupa. Bila dah lepas baru kau sebok tanya tarikh harijadi aku. Itu pun bila sampai harijadi kau aku hantar sms yg tak seberapa tu….”
“eh…. Ye la…. Patut nya biar aku lahir dulu. Baru boleh aku ingat hari lahir kau kan.”
“tak guna… sbb kau tak ingat. Tiap-tiap tahun tanya ‘eh harijadi kau bila? 14 ye.. 16 ye… bila aaa….lu..?’”
“bila? 18hb ye?”
“Tak payah la…. Daripada kau sakitkan hati aku dgn bertanya tarikh yg dah lepas sekadar untuk menunjukkan yg kau tak ingat. Lebih baik kau jgn ingat langsung dan jgn tanya langsung. Bukan nya penting pun. Kau nak dtg ziarah aku ni pun dah ok dahh..”
“sorry la farid…. Tak sengaja”
“hehh kau ni… tak kisah laaa… aku bukannya budak perempuan nak sambut2 befday ni. Aku cuma teringat kat janji tu je… tapi tak pe la.. it’s ok. It’s oraitt. Tak de hal sikit pun.”
“fuhh… lege rasanya.. eh jom gi minum. Kat tempat biasa. Aku belanja”
“ok jugak tu… aku pun dah pening duduk rumah ni dari smlm tak kuar-kuar”

agaknya farid mesti kecik hatikan. Tapi takkan dia nak tunjuk. Aku tahu farid pun dah cap aku sebagai sahabat dia. Sorry la sebab mungkir janji.

6 Comments:

  • caya sama lu beb,gua bangga pernah kenal dgn lu

    By Anonymous Anonymous, at 5:01 PM  

  • t.q bro...hih hih

    By Blogger boe~, at 12:00 PM  

  • baru hari ni aku berkesempatan nak menjengah anjung rumah mu bro....
    aku ketawa...bro......
    telahan ku ternyata benar ku kira.......
    oe-zamri......sahabatku seorang penulis.......

    By Blogger buyat, at 8:24 PM  

  • t.q bro buyat.... bab 3 kene menyelam betul2.. cari idea..

    By Blogger boe~, at 9:04 AM  

  • Zamri,
    interesting indeed, terkekeh-kekeh ketawa membaca (walaupun bukan kali pertama).

    Dan cerita ini mengingatkan saya pada banyak perkara. Rasa nak tergelak ada, sedih pun ada...

    Semoga bahagia selalu : )

    By Blogger areyoung, at 1:29 PM  

  • aida.. terima kasih. saya dah tua untuk melalui zaman seperti itu. tapi saya merinduinya. kerana ia begitu indah...

    By Blogger boe~, at 2:10 PM  

Post a Comment

<< Home