Lihat Pada Laut

Monday, June 02, 2008

dah bnyk kali aku ke bengkel kereta...
bengkel melayu dan bengkel cina..
maklumlah, pakai kereta lama..
antara bengkel melayu dan cina..
memang ada beza..
antaranya ialah 'cara'
begitu juga dgn gaya...
tak kurang dgn sikap dan daya usaha....
aku kagum melihat kerja org cina
bersungguh-sungguh, tekun, mahir dan segera
kerja org melayu, longlai dan bersahaja je....

pergi bengkel melayu sbb nak tolong bisness melayu
pergi bengkel cina sbb tak yakin dgn perkhidmatan bengkel melayu
tapi taklah semua bengkel cina itu bermutu
jaga-jaga... kene sembelih baru tahu
ingat hanya nak tukar tayar baru
amoi.. break pump linking, amoi... bearing sudah picahhh... last-last, kene seribu
bengkel melayu tidaklah begitu
namun ada juga yg meniru
meniru sikap cina yg menipu
tapi kenapa taknak tiru dari segi mutu

org melayu kan beragama Islam
Al-Quran dan hadis kena faham dalam-dalam
Atitud, sikap dan qualiti perkhidmatan patut dah faham
tipu jgn tapi kualiti dan kesungguhan kene ngammm...

cuba lihat org uk dan australia
bandingkan pulak dgn org kita
dan cuba pula tgk org cina
dari segi komunikasi, PR dan hormat sesama manusia
kata... org melayu lembut dan berbudi bahasa..
kata.... org melayu bersopan dan berbudaya
iye ke.....
mungkin zaman dulu bnyk le
tapi zaman skrg amacam? ada?
ada..... tapi susah nak jumpa
mana perginya budi bahasa
mana perginya budaya yg mencerminkan bangsa
mana perginya Islam sebagai cara hidup yg sejahtera
mcmana org cina dan org australia pulak yg berbudi bahasa
mungkin diorg ikut logik dan akal sahaja
tapi mcmana dgn kita?
sedangkan Islam dah ajar semua
dan sudah pasti lebik baik dari mereka
inilah bahana kalau tak dgr kata
Allah S.W.T telah berfirman dan Rasulullah S.A.W telah bersabda
cuma kita ni yg selalu menderhaka
selalu leka
ikut sgt org barat biru mata hitam katanya
org barat buat maksiat tapi old lady melintas diorg berhentikan kereta
org kita? jgn harap, kene hon ade le....
kenapa org kita dah teruk mengalahkan cina
kalau dulu yg kencing kat tangga, kita tahu ini keje anak org cina
tapi skrg persepsi dah tukar kpd org kita

budak melayu dah semakin kurang aja'
pagi petang siang mlm kerja dok lepak
berkerja sekadar nak cover lapa'
masa sekolah rempit sana sini tunjuk riak
lepas sekolah tak dpt masuk u jadi loklak

cuba perhatikan kalau kita beli barang
kalau cina yg jual mungkin kita kene temberang
tapi itu persepsi dulu dan bukan sekarang
sbb org melayu pun kuat temberang

cuba kita pergi kedai tivi atau perabot
sapa yg pandai layan sampai kita tersangkut
salesman yg mana yg akan senyum juga kalau kita tak jadi beli dan terus cabut
salesgirl mana yg sambut kita dgn mesra dan jawab soalan dgn lembut
jawapannya... korang pun tahu kut...

wahai bangsa melayu
kembalilah kepada ajaran Rob mu
Islam dah ajar semua bab sopan dan mutu

bekerjalah dgn tekun dan ikhlas
walaupun kompeni kepunyaan mak tiri kakak ipar punya biras
Insya Allah. akan berbaloi dan berbalas.

sekian.

2 Comments:

  • assalamualaikum saudara oe
    adakah saudara seorang penulis atau novelist?..sudah ada karya yang tercetak dan dijual?...
    kalau belum saya nasihatkan saudara mencuba untuk menjadi seorng novelist....satu kerjaya sambilan yg hebat..bermodalkan cpu sendiri..satu sen tak yah bayar...just imagine and write it down....

    By Blogger buyat, at 3:30 PM  

  • buyat - just taste it and write it down is more better

    By Blogger boe~, at 9:32 AM  

Post a Comment

<< Home