Lihat Pada Laut

Tuesday, October 02, 2007

babak 1 (jam 18:45)
sepasang suami isteri yg masih muda duduk di meja sebelah bersama 3 org anak. Anak gadis (yg sulong barangkali) berumur mungkin 4 tahun. Anak gadis yg kedua mungkin berumur 3 tahun dan yg kecil masih bayi di dalam kereta tolak. Entah mcmana punca, aku melihat anak gadis yg sulong itu (berdiri di tepi meja) menangis dgn kuat dan teresak-esak seperti merajukkan sesuatu. Namun aku melihat sepasang ibu dan ayah yg masih muda langsung tidak mempedulikan gadis itu. Aku tahu budak itu minta dipujuk. Aku juga mendengar si ibu menyuruh suaminya bertindak namun suaminya berkata 'biarkan'. Dalam keadaan itu (anak sulong yg sedang menangis kuat), anak kedua mengajak ayah ke suatu tempat lain dgn memuncungkan mulut ke suatu arah. (mungkin nak beli gula2). Ayahnya pun 'jom'. Maka tinggallah si ibu dan bayinya di meja itu manakala yg sulong tetap terus menangis sambil berdiri. Ibunya buat tak tahu dan buat tak dengar sedangkan aku dan pelanggan yg lain pasti resah dgn tangisan kuat itu dan pasti kasihan pada gadis sulong yg minta dipujuk itu. Dan akhirnya akak indon yg bekerja di restoran mamak depan warta itu yg pujuk dan mendukung budak kecil tadi. Mungkn mereka dan mengenali diantara satu sama lain. Dia datang kepada ibunya dan mencium pipi adik bongsunya. Ibunya melontarkan senyuman.
Aku berprasangka begini : anak gadis sulong itu dah berjauh hati dgn sikap ibubapanya yg tidak mengendahkannya lagi kerana tumpuan berat kepada anak kedua dan bayi. Ibubapanya jenis keras hati sebab mungkin faktor usia yg terlalu muda. Budak ni nak tak nak terpaksa mengalah sbb dia sulong lalu pergi kepada ibunya dan memberi senyuman balas.


babak 2 (jam 19.15-waktu berbuka/minggu lepas)

Suami dan isteri memulakan suapan dan menjamu juadah yg ada. Anak yg kedua duduk tertib makan bersama ibu dan bapanya. Namun aku melihat gadis sulong yg tadinya semua org kasihan, masih tidak duduk lagi sebaliknya ke hulu ke hilir berlegar-legar dan mengganggu pergerakan akak indon yg sedang melayan pelanggan. Suaranya menjerit-jerit menjawab sapaan ibunya. Ibunya bersuara dgn lembut namun dia tetap berlegar-legar. Mula bermain bunga api letup dgn adik keduanya. Ibunya menegur lagi 'jgn sampai terkene org . jgn baling kat meja org'. namun teguran itu ditujukan hanya kpd si kakak sulong. Aku melihat pergerakan mereka berdua dan aku dapati si kakak mmg lebih lasak dari si adik.
dan aku berprasangka begini pula : si kakak mmg budak degil dan lasak. Patutlah ibubapanya membiarkan saja dia menangis tadi. Patutlah teguran jgn baling kat meja org hanya ditujukan untuk si kakak. Mungkin cara ibubapanya betul dgn membiarkan dia menangis. Ye lah.... itukan anak diorang

moral :
-jgn suka berprasangka buruk pd org
-jgn mudah membuat andaian kpd seseorang terutama yg kita tidak kenali langsung atau yg kita baru kenal 2-3 minit yg lepas. Kita tak kenal hati budi org. Kita tak tahu keikhlasan org.
-selalu lah berprasangka baik terhadap seseorg.

selamat berbuka puasa

2 Comments:

  • Fikiran menerawang setiap kali mata memandang :P

    By Blogger areyoung, at 8:51 AM  

  • mungkin jika kita mencari kesalahannya, maka kita akan jumpa kesalahannya. tetapi jika kita mencari kebaikannya,maka kita akan jumpa kebaikannya. Mana yg best? cari salah org atau cari baik org?

    By Blogger oe~, at 9:05 AM  

Post a Comment

<< Home