Lihat Pada Laut

Thursday, November 22, 2007

aku nak beli kereta
aku nak beli rumah
tapi aku tak ada duit
untuk beli kereta dan beli rumah
yg aku idamkan

lalu masa pun berlalu dgn pantas....
2 tahun, 5 tahun, 7 tahun......
aku membuang kebahagian realiti dgn angan-angan yg belum sampai
maka bahagiakah aku? seronokkah aku dlm menikmati kehidupan realiti dgn mengharapkan angan-angan itu?

aku bertemu dgn beberapa insan individu dan beberapa insan berkeluarga.
yg ternyata kehidupan mereka begitu sederhana dan langsung tiada memiliki meterial yg aku angan-anagnkan selama ini.
dan ternyata juga kebahagian insan-insan ini begitu terserlah. mereka begitu bahagia. bahagia tanpa angan-angan mat jenin. mereka bersyukur sepenuhnya dgn apa yg ada. mereka menikmatinya dgn penuh syukur. tiada langsung rungutan yg terludah dari bibir mereka. hanya merendah diri dan yakin diri.

aku mengambil iktibar ini utk aku sendiri. nikmatilah kehidupan hari ini dgn penuh kesyukuran. Aku pernah terdengar satu ucapan yg dipetik dari sebuah hadis atau seorang alim ulama (aku dah lupa dan tak pasti). Lebih kurang maksudnya (ayat yg sebenar adalah lain)... Ada 4 ciri-ciri.... tapi aku ingat dua je iaitu; (dari pemahaman aku), jgn pandang mereka yg lebih tinggi dari segi kemewahan dunianya. kelak jiwa tak tenteram mengangankan dgn apa yg mereka ada. termasuklah dgn rungutan, tidak puas hati, kecewa dan sbgnya. pandanglah mereka yg lebih tinggi amalan solehnya supaya diri sendiri terasa tidak cukup lagi dgn bekalan yg sepatutnya itu. pandanglah org yg lebih rendah kehidupan meterialnya supaya diri sendiri bersyukur dgn apa yg telah diberi. dan jgn pandang kepada amalan org lain yg lemah takut2 diri sendiri dah berasa cukup baik untuk perkara itu dan menimbulkan rasa riak dan takbur.

salah satu punca jiwa menjadi sakit adalah kerana impian dan angan-angan yg melebihi batas-batas kemampuan. bukan tak boleh berangan. bukan tak boleh bercita-cita tinggi. dan mungkin boleh juga jika nak melihat kemewahan org lain disekeliling kita. tapi pastikan cara pemikiran kena betul. jadikan ia sebagai galakan dan motivasi untuk kita berusaha mendapatkannya. cuma apa yg selalu berlaku dan menjadi kegagalan untuk mengecapi jiwa yg tenteram adalah kurangnya usaha dan hanya mengharap sahaja. maka terlanjurlah jiwa yg berkeinginan itu dgn keluhan, rungutan dan sebagainya yg menzahirkan perasaan yg berlawanan dgn erti bahagia.
hidup yg tak sepatutnya tidak kusut jadi kusut. perkara yg tak sepatutnya berlaku ditempuhi jua. selalunya org lain dapat melihat kebahagian kita, tetapi kenapa diri sendiri tidak dapat rasa.... jawapannya ialah kerana diri sendiri jarang menghargai.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home