Lihat Pada Laut

Friday, January 16, 2009

Bangeladesh II

hari tu aku naik pegi bilik bangla. diorg tgh layan vcd bangla. a few days after that, they see bangla movie. after another day, they see hindi movie..
semalam aku naik lagi, masih hindi n bangla movie. aku singgah ke bilik sing (punjab), also hindi movie.

bangla, hari2 makan nasi, ikan masak kuah dal cair campur ubi gentang
sing, capati sendiri bikin. kari. (nanti aku nak ambik resepinye)

org melayu - hebat org kita ni, kita tgk cerita melayu, cerita hindi, cerita cina, cerita orgputihh. cerita venuezuella pun ok jugakk. jepun, korea lagi... huuu dasatttt..

dari satu sudut, mereka tidak berkembang. bayangkan org melayu asyik tgk cerita melayu je. (kita kalau nak cari yg negetif kene bygkan org melayu, sbb kalau kita bygkan bangsa lain, kita akan kagum pulak, contoh: kalau kita tgk anak org putih berjalan2 berkumpulan, kita kata mereka ni hidup cergas,riang,aktif. tp kalau anak melayu, kita kata "mana makbapak diorg ni biarkan anak2 liar" cnth 2: kalau kita tgk org cina pakai bmw, kita kata "huuu tgk cina meniaga... diorg pandai bisnes". tp kalau melayu pakai bmw, "loan projek baru lulus, ambik kete duluu..." cnth 3: kalau org cina kepit botol air kemana2. kita kata "tgk cina pandai jaga badan pandai jaga kesihatan". tp kalau org melayu yg bawakkkkkk, siap kau kene maki "tahun depan boleh la beli banglo, jimat takyah beli air..hihh" nak contoh lagi: kita ambik kes bangla tadi la. dari sudut yg lain, kita boleh kata bangla ni bagus. teguh pendiriannya. tak mudah terpengaruh dgn anasir luar. kuat semangat kebudayaannya. "mana pun saya pigi, saya tetap bangla. hari2 tgk movie bangla. makan nasi bangla. dgr lagu bangla.". tapi kalau org melayu buat mcm tu, kita akan fikir sebaliknya pulak. "katak bawah tempurung, tak advance le ko ni... kampung betui hang niii..."

so what do u think?

satu contoh lagi. kalau kita tgk budak melayu kerja kat pasar malam, kita akan kata "budak ni takde masa depan, budak ni tak letih ke esok nak sekolah" tapi kalau budak cina,,"tgk dia tolong bapak dia, kecik2 dah belaja meniaga, rajinnnn."

jadi apa masalahnya?

kenapa dgn org lain kita boleh bersangka baik dan beranggapan positif, tapi dgn bangsa sendiri, kita selalunya mengutuk. padahal mereka buat benda yg sama.

agak2 org bangla ada kutuk bangsa sendiri tak... "kita bangla mmg malas tarak guna punya.." ade??

atau selalu tak dgr..(dari mulut org melayu)

"biasa la melayu..."
"melayu buat keje tak boleh lawan cina punye"
"melayu la katakan, hihh hih"

so.... ini hakikat yg berlaku.
jadi.... generasi baru kene cuba ubah persepsi ini.

2 Comments:

  • Melayu sifat dengki terlalu tebal dalam diri. Susah nak adjust mentaliti orang.

    By Blogger ~flyo~, at 6:18 PM  

  • flyo - aku rasa kene ubah diri sendiri dulu. pastu famili. nanti generasi anak2 kita mgkn bagus.

    By Blogger oe~, at 3:05 PM  

Post a Comment

<< Home