Lihat Pada Laut

Thursday, May 28, 2009

memartabatkan bahasa?

bahasa melayu telah pun mempunyai ribuan perkataan untuk menterjemahkan maksud. oleh itu kenapa sesetengah penulis akbar, majalah, skrip dokumentari (rencana) dan artikel-artikel suka memelayukan perkataan inggeris. sebagai contoh : berdiskusi. kitakan dah ada perkataan berbincang yg dah kita gunakan selama beratus tahun. mengikut dari pengalaman, perkataan2 yang berbentuk teknikal sahaja yang relevan (sesuai) untuk kita pinjamkan ke dalam bahasa melayu seperti spark plug, starter, plyer, entalpi, entropi, heat exchanger, beam, column, edit, switchboard, mouse, inovasi, meter, piston ring, H1N1, blogger dan sebagainya. walaupun ada istilah melayunya, tetapi penggunaan istilah inggeris lebih mudah difahami dan dikenali, serta bersifat international standard. apa yang menakutkan kita ialah penggunaan perkataan yang tidak berbentuk teknikal pun nak diinggeriskan sedangkan perkataan melayunya mmg selalu diguna pakai oleh semua golongan masyarakat seperti perkataan bajet=belanjawan, area=kawasan, kongratulasi=tahniah (menyampah betul), karier=? (aku pun dah reti melayunya), karektor=perwatakan dan bnyk lagi yg aku terbaca dan terdengar di tv dan radio. kalau dari mulut org sembang2 kedai kopi takpe, dah trend org skrg guna bahasa campur2. tetapi dlm bentuk penulisan saya rasa tidak wajar kerana ia akan memberi kesan yg sgt bahaya iaitu proses memupuskan bahasa melayu. cuba kita lihat perkataan merealisasikan, infomasi dan stress. dalam tak sedar kita dah memupuskan perkataan menyatakan, maklumat dan tekanan. pernah tak lagi anda mendengar org berkata "cuba menyatakan impian" ada? dah takde kut.... skrg org cakap "cuba merealisasikan impian"

so... (oleh itu).... aku rasa mmg patutlah dulu pernah timbul isu dewan bahasa mandul. aku tak kisah kalau nak diinggeriskan matematik dan sains juga kejuruteraan sbb memang istilah2 yg digunapakai mempunyai international standard. satu dunia faham. atau gunakan bahasa melayu sebagai penghantar tetapi istilah2 teknikalnya kita ikut. (dimelayukan).

aku mendengar indonesia adalah yg paling bnyk meminjam istilah inggeris (yg bukan teknikal) ke dalam bahasa rasminya.

sorry

10 Comments:

  • setuju.. byk kan perkataan melayu ni....

    By Blogger Aloy Paradoks, at 1:36 PM  

  • baru pagi tadi aku tengok dlm risalah bank utk memohon kad kredit, kat situ dinyatakan perkataan "fi" yang bermaksud "yuran" dlm bahasa malaysia diambil dari perkataan bahasa inggeris "fee"

    By Anonymous angah, at 1:45 PM  

  • bro, tolong carik perkataan melayu utk perkataan inggeris yang sering di gunakan dalam kehidupan kita.

    1) Piston
    2) Spring

    By Anonymous angah, at 1:56 PM  

  • aloy - lu cikgu, mgkn suara lu lebih didengari

    angah - piston=omboh
    spring=pegas

    By Blogger boe~, at 2:16 PM  

  • bahasa inggeris berkembang fleksibel tak seperti melayu. di barat mereka dengan mudah meindahkan kata nama yg dipersetujui ramai utk diungkap dalam perbualan seharian ke dalam kamus mereka.. contohnya bootylicious yang dipopularkan beyonce.

    bahasa melayu, banyak kekangannya kerana yg berkenaan sgt menyanjung nilai lama dan takut ia ternoda.

    (pengkaji bahasa.. tolong fikirkan utk kami apa yang patut!)

    By Blogger areyoung, at 7:36 PM  

  • aku rasa bahasa melayu sudah cukup perkasa... :-)

    By Blogger patungcendana, at 12:00 AM  

  • areyoung - begitu lama menyepi. kemanakah gerangan? kpd pengkaji bahasa, tlg kekang penggunaan seperti fi=yuran, diskusi=bincang dan lain2 yg nampak sgt mengada2 kalau taknak bahasa melayu ternoda.

    cendana - bahasa melayu dah semakin pupus

    By Blogger boe~, at 9:42 AM  

  • Gua bukan cikgu sekolah.... hahahahaha
    gua cikgu kedai kopi...

    By Blogger Aloy Paradoks, at 1:06 PM  

  • artis bukan cikgu pun bukan.... ?

    By Blogger boe~, at 4:04 PM  

  • bagi aku...rumpun bahasa kita ni dah elok dah dah dekat jer dgn bahasa tuhan...tp bila dah diIngeriskan makin hilang ler tali halus yang menghubungkan kita ngan arabian...aku rasa ni pun kerje 'halus' 'diorang' gak

    By Blogger buyat, at 11:06 AM  

Post a Comment

<< Home