Lihat Pada Laut

Tuesday, May 29, 2007

TAMAN NEGARA KUALA KOH, GUA MUSANG








ALHAMDULILLAH. Syukur kepada Allah kerana dgn izinNya jua aku dan kawan-kawan yg lain diberi kesempatan lagi untuk beraktiviti di hutan. Dalam usia yg begini, aku masih dapat menikmati suasana rimba, bunyian unggas dan buas, tidur dlm khemah, bercahayakan lampu kabait dan penunu bunsen, memancing di sungai liar , 'jungle tracking' dan memudik ke hulu dgn bot panjang (kali pertama)









Dari Bukit Beruntung hari Jumaat pd jam 11pm, kami memulakan perjalanan bersama melalui Serendah, kemudian mendaki Genting dan turun semula di sebelah Genting Sepah. 1st check point. Selepas tu kami meneruskan perjalanan melalui karak, kuala lipis ..... dan akhirnya sampai ke Gua musang setelah berehat di 2nd check point di daerah pahang lagi kut...






Mungkin di dalam gunung inilah terletaknya 'gua musang'




Pagi sabtu waktu dah subuh kami dah pun berada di jeti Kuala Koh.












Kami tersekat di jeti agak lama kerana bot tak cukup. Apabila sampai sahaja di lubuk dan tapak perkhemahan kami berehat seketika sebelum mendirikan khemah, memasang peralatan pancing dan tempat memasak (ada group sukerela) hehh.... so aku tak payah fikir pasal makanan... cukup masa, makanan siap. itu mmg perjanjian.

















Aktiviti bermula.... sabtu, ahad ..


hidup di hutan, tanpa media, tanpa berita, tanpa hubungan luar.


'org kuning' satu pun takde.


hanya kedengaran bunyi-bunyi unggas rimba. kalau tak silap bunyi siamang, hornbil, burung2 lain dan cengkerik mmg jelas terutamanya pd waktu malam. sambil bersantai di tepi sungai aku mengambil kesempatan untuk memejamkan mata dan fokus pada bunyi-bunyian itu.




Namun pada pukul lebih kurang 5.45 pagi, mereka mendengar bunyi pak belang tidak jauh dari tapak perkhemahan. tapi aku tak dengar sbb dah tidur. mungkin bukan rezeki aku untuk pengalaman itu






Hasil tangkapan keseluruhan-ikan sebarau, pepatung, baung dll. Ikan kelah yg menjadi idaman setiap pemancing tidak dapat menghadirkan diri. Kami beranggapan raja ikan air tawar itu sudah tidak selesa berada di lubuk itu lagi kerana air yang keruh dan bertanah. Kami menjangka ada projek pembalakan di atas bukit sana. Sebab air yg berarus itu hanyut bersama serbuk tanah yg kemerahan. Mengikut cerita, sungai itu tidak lama dahulu, airnya jernih, lubuknya dalam. Tapi skrg airnya keruh, lubuknya cetek. dasarnya mendap. Hampir pasti perubahan ini baru sahaja berlaku sejak akhir-akhir ini.






Pagi Isnin..... badan pun dah mula letih, kami berkemas dan bersiap untuk pulang. Tepat jam 11am, bot panjang pun sampai untuk membawa kami pulang. Kami melalui jalan Gua Musang - Cameron Highland, turun ke Tapah dan naik semula ke K.L (jimat 1 jam)











Ya Allah, ampunilah segala kesalahan kami.

Alhamdulillah, kami selamat pergi dan balik.









Monday, May 07, 2007

yang bersama angin itu udara
yang bersama awan itu air
yang bersama hasil itu perkongsian
terserlahnya hasil kerana perangai
terjemahnya perangai kerana tabiat
namum tabiat dijana melaui sikap
dan sikap diterajui oleh akal
tetapi akal dipengaruhi oleh iman dan nafsu

di ofis aku org sibuk bercerita tentang hasil
dimana kualiti kerja... dimana kuantitinya
pentadbiran harus bagaimana?
perlu penambahbaikan pada sistem organisasi
pada sistem kerja dan pada sistem fail
"kita perlukan ISO"
hehhh..... sekarang dah dapat pun iso tu

aku pun terlibat dalam proses untuk mendapatkan iso itu
yang pelik ramai yg berfokus pada hasil. (dapat persijilan iso)
tanpa mengira matlamat iso itu sendiri...amalan yg berkualiti, hasil yg berkualiti. ikut piawai. memenuhi kehendak pelanggan

jadi hasil yg diperolehi boleh dibanggakan.
auditor datang, lulus, dapat sijil... buat keraian...

badan luar yg mengaudit dan yg memberi pengiktirafan kualiti mestilah berkualiti kan?
aku pun tak nak cerita lebih-lebih la. kat kertas mungkin ia perfect. pasal tu lulus.
skrg kat opis ni operasinya mcm biasa. mungkin paperwork ada cun sikit la.
cuma aku tertanya2...
-bukankah setiap amalan itu perlu dengan ilmu?
maksudnya-apa yg termaktub dlm prosuder iso perlu dilaksanakan mengikut piawai yg telah dipersetujui. jadi orgt kat opis ni banyak yg tak tahu. kenapa tak bg tahu. mana jawatankuasa dokumen?

-bukankah iso itu bertujuan nak jaga kualiti?
maksudnya-prosuder perlaksanaan kerja yg dirangka semasa proses persijilan dulu adalah yg seminima.
sbb ada insan perunding bg idea "jgn jerat leher. jgn bg satu standard yg kita tak mampu buat. rekod apa yg kita amalkan je sebelum ni. nanti dari masa kesemasa baru upgrade. baru ada penambahbaikan" jadi.... ada org2 kat sini berfikiran bijaksana. 'playsafe'... proses bnyk yg rongak-rongak. tak berkuaiti la tu.....

-ibarat sebatang pokok, kalau nak buah (hasil) yg baik kita mesti jaga dari akarnya... baja, tanah, siram air..kan?
tp masih ada org2 yg berfikiran mcm dulu. buat kerja mcm dulu. bersikap mcm dulu, bertabiat mcm dulu...
sampai ada yg kata "iso tu atas kertas je"

cehhh.... biadap sungguh. kalau org tu tak tau menahu dan tak terlibat langsung dgn persijilan iso, takpe la jugak.
ini org kuat ofis bebbb..... yg terlibat secara langsung...... (dia bukan bos.. tp org kuat bos)
skrg sume org buat kerja mcm biasa termasuk aku. mcm takde iso. dokumentasi pun kira mcm biasa je. ade la tambah sikit2....