Lihat Pada Laut

Monday, May 07, 2007

yang bersama angin itu udara
yang bersama awan itu air
yang bersama hasil itu perkongsian
terserlahnya hasil kerana perangai
terjemahnya perangai kerana tabiat
namum tabiat dijana melaui sikap
dan sikap diterajui oleh akal
tetapi akal dipengaruhi oleh iman dan nafsu

di ofis aku org sibuk bercerita tentang hasil
dimana kualiti kerja... dimana kuantitinya
pentadbiran harus bagaimana?
perlu penambahbaikan pada sistem organisasi
pada sistem kerja dan pada sistem fail
"kita perlukan ISO"
hehhh..... sekarang dah dapat pun iso tu

aku pun terlibat dalam proses untuk mendapatkan iso itu
yang pelik ramai yg berfokus pada hasil. (dapat persijilan iso)
tanpa mengira matlamat iso itu sendiri...amalan yg berkualiti, hasil yg berkualiti. ikut piawai. memenuhi kehendak pelanggan

jadi hasil yg diperolehi boleh dibanggakan.
auditor datang, lulus, dapat sijil... buat keraian...

badan luar yg mengaudit dan yg memberi pengiktirafan kualiti mestilah berkualiti kan?
aku pun tak nak cerita lebih-lebih la. kat kertas mungkin ia perfect. pasal tu lulus.
skrg kat opis ni operasinya mcm biasa. mungkin paperwork ada cun sikit la.
cuma aku tertanya2...
-bukankah setiap amalan itu perlu dengan ilmu?
maksudnya-apa yg termaktub dlm prosuder iso perlu dilaksanakan mengikut piawai yg telah dipersetujui. jadi orgt kat opis ni banyak yg tak tahu. kenapa tak bg tahu. mana jawatankuasa dokumen?

-bukankah iso itu bertujuan nak jaga kualiti?
maksudnya-prosuder perlaksanaan kerja yg dirangka semasa proses persijilan dulu adalah yg seminima.
sbb ada insan perunding bg idea "jgn jerat leher. jgn bg satu standard yg kita tak mampu buat. rekod apa yg kita amalkan je sebelum ni. nanti dari masa kesemasa baru upgrade. baru ada penambahbaikan" jadi.... ada org2 kat sini berfikiran bijaksana. 'playsafe'... proses bnyk yg rongak-rongak. tak berkuaiti la tu.....

-ibarat sebatang pokok, kalau nak buah (hasil) yg baik kita mesti jaga dari akarnya... baja, tanah, siram air..kan?
tp masih ada org2 yg berfikiran mcm dulu. buat kerja mcm dulu. bersikap mcm dulu, bertabiat mcm dulu...
sampai ada yg kata "iso tu atas kertas je"

cehhh.... biadap sungguh. kalau org tu tak tau menahu dan tak terlibat langsung dgn persijilan iso, takpe la jugak.
ini org kuat ofis bebbb..... yg terlibat secara langsung...... (dia bukan bos.. tp org kuat bos)
skrg sume org buat kerja mcm biasa termasuk aku. mcm takde iso. dokumentasi pun kira mcm biasa je. ade la tambah sikit2....

4 Comments:

  • Itu yg masuk tv3 hari tu, tu kan?

    Heheh ;P

    By Blogger areyoung, at 8:33 AM  

  • tv3? pasal iso ke?

    By Blogger boe~, at 2:10 PM  

  • Taklah.. kan hari tu ada panggil org tv3 cover hari iso ke apa tah, tapi pastu reporter tak diberi masuk so tv3 mengamuk ;P

    By Blogger areyoung, at 2:24 PM  

  • o yg tu hari kualiti fakulti. bukan ukm keseluruhan. ada salah faham. dgr cerita reporter tu yg sembur guard dulu

    By Blogger boe~, at 9:42 AM  

Post a Comment

<< Home