Lihat Pada Laut

Monday, March 12, 2007

sabtu 3 Mac,

seawal jam 7 pagi, ibu telah menelefon dari kampung bertanya kabar berita. "demam lagi ke?" itu lah antara perbualan kami. Selepas itu aku pun pantas menunaikan solat subuh (dah penghujung waktu).

Pagi itu sungguh indah. Nyaman. Mungkin sebab aku baru baik demam maka aku dapat satu perasaan yg sangat luar biasa. Rasa macam aku berada masa zaman sekolah dulu. Fresh... lapang dada.... fikiran tak berserabut... sebelum ni aku pernah rasa perasaan mcm ni (kalau tak silap 2kali). dan kalau tak silap jugak sebab musababnya adalah apabila aku terdengar lagu awie dan ziana (lagu raya-dihari mulia). hehh... mungkin gitar dlm lagu ni selari masa zaman aku kat sekolah dulu. pasal tu aku teringat balik atau terfeel balik masa zaman-zaman best dulu.
Cuma kali ni lain sikit. Aku tak dengar pun lagu tu. yang pasti aku baru baik dari demam.

Seawal jam 8 pagi aku dah mula bukak movie...cerita ni aku beli kat pasar malam beberapa hari sebelum tu. cerita yg meletup beberapa bulan sebelum tu. cuma aku yg lambat nak ada rasa nak tgk. Pagi tu aku mengambil kesempatan untuk melayan cerita ni. Dgn perasaan yg luar biasa yg aku alami, dgn suasana yg masih pagi, aku telah memilih cerita yg betul..... "cinta"...
Mmg best la cerita ni... ringan... ringkas.... tak banyak konflik yg membebankan... penuh dengan muzik dan lagu latar yg sesuai... yg boleh menyentuh hati.. (bukan sedih tp mmm mungkin hiba ada, gembira, senyum). satu cerita yg relaks... gaya persembahan yg bersuasana.... ok la kalau nak dibandingkan dgn cerita yg meletup dgn bermodalkan pelakon dan glamor aje. tapi penulisan cerita, skrip, lakonan, arahan, teknik sunting, sudut camera,... hancur, kecewa, malu pun ada... hehehe.

Aku masih berada di dalam suasana dan perasaan yg luar biasa. Hingga ke malam. Jadi mlm tu aku layan cerita 'holiday" pulak. Ermmm.... best jugak... aku mmg suka kat Cameron Diaz tu sejak dia berlakon dlm filem "something about Mary"..... thats rite.... u are so lovely. cerita ni juga bagus. ada suasana. ada rasa. sampai ke hati.

hari ni dah 12 mac. Alhamdulillah. Aku masih dapat merasai perasaan yg luar biasa itu. bagai terimbas kembali suasana ketika zaman kanak2, sekolah rendah dan sekolah menengah... sesekali zaman poly. aku kembali suka pada mendung, pada hujan... yg telah beberapa ketika aku tak rasa apa2 bila mendung dan hujan. Bukan teringat peristiwa lama.... tapi perasaan yg dilalui pada waktu itu.... rasa macam nak ade girlfrend.... hehhh.
rasa macam nak jln2 kat pertama kompleks, lot10 dan sg wang mcm dulu2.... (masa dulu mana ada klcc).... tak dapat nak diterjemahkan lah... rasa mcm duduk pada zaman mgkn 15 tahun lepas.

4 Comments:

  • This comment has been removed by the author.

    By Blogger areyoung, at 12:34 PM  

  • So ironic~

    Entry ni dah lama kan, tapi baru hari ni aida bukak. n guess wat..?smlm aida baru tgk Cinta! Punyalah lama org dok puji2 filem ni, baru semalam aida tengok ;P

    Tengok filem tu air mata merembes2.. haha. Tapi serius, cerita tu buat aida kenangkan balik kesilapan, kebodohan yg pernah dibuat ketika mencari cinta... hmmm. Tak tau nak kata apa.

    Sedih, kesal, marah, rindu semua ada. Tapi tulah, tu semua kini dah jadi pengalaman (& kenangan) yg kadang2 buat kita senyum sendiri.

    Kan.

    By Blogger areyoung, at 12:39 PM  

  • saya baru tulis tadi la... tp saya tgk cinta pd 3hb hari tu. baru seminggu lebih... nampaknya kita masih ada persamaan kan... hehh hehh.
    mmg cinta ni satu cerita yg bagus.. mmg mengusik jiwa... tapi penghayatan yg relaks... cool... sesuai dgn lagu2 latarnya. bnyk tindakan positif diambil akhirnya setelah sesuatu berlaku (mgkn tak semua)
    awak terkenang masa lampau dgn watak yg mane..?
    aida... tulis kt situ ada 2 comment... tp satu dah deleted "This post has been removed by the author" sapa dia author? kenapa dia delete?

    By Blogger boe~, at 4:41 PM  

  • aida silap tulis, so aida delete lah.. sesapa je yg komen kat sini kat bawah komen tu mmg ada tong sampah, kalu nak delete kita tekan jelah 'tong sampah' tu..

    By Blogger areyoung, at 3:49 PM  

Post a Comment

<< Home