ALHAMDULILLAH. Syukur kepada Allah kerana dgn izinNya jua aku dan kawan-kawan yg lain diberi kesempatan lagi untuk beraktiviti di hutan. Dalam usia yg begini, aku masih dapat menikmati suasana rimba, bunyian unggas dan buas, tidur dlm khemah, bercahayakan lampu kabait dan penunu bunsen, memancing di sungai liar , 'jungle tracking' dan memudik ke hulu dgn bot panjang (kali pertama)
Dari Bukit Beruntung hari Jumaat pd jam 11pm, kami memulakan perjalanan bersama melalui Serendah, kemudian mendaki Genting dan turun semula di sebelah Genting Sepah. 1st check point. Selepas tu kami meneruskan perjalanan melalui karak, kuala lipis ..... dan akhirnya sampai ke Gua musang setelah berehat di 2nd check point di daerah pahang lagi kut...
Mungkin di dalam gunung inilah terletaknya 'gua musang'
Pagi sabtu waktu dah subuh kami dah pun berada di jeti Kuala Koh.
Kami tersekat di jeti agak lama kerana bot tak cukup. Apabila sampai sahaja di lubuk dan tapak perkhemahan kami berehat seketika sebelum mendirikan khemah, memasang peralatan pancing dan tempat memasak (ada group sukerela) hehh.... so aku tak payah fikir pasal makanan... cukup masa, makanan siap. itu mmg perjanjian.
Namun pada pukul lebih kurang 5.45 pagi, mereka mendengar bunyi pak belang tidak jauh dari tapak perkhemahan. tapi aku tak dengar sbb dah tidur. mungkin bukan rezeki aku untuk pengalaman itu
Ya Allah, ampunilah segala kesalahan kami.
Alhamdulillah, kami selamat pergi dan balik.
2 Comments:
Huaa. Mesti seronok gile kan. Bila nak pergi lagi?
By areyoung, at 2:28 PM
tahun ni dah pegi ulu slim dan kuala koh... habis.
mungkin tahun depan kami nak ke kenyir. saya dah pegi dgn member lain. cerita kat group ni, diorang dah teringin pulak sbb suasananya berbeza. tidur dlm housebot. airnya masih jernih.
By boe~, at 2:45 PM
Post a Comment
<< Home