Lihat Pada Laut

Wednesday, September 19, 2007

happy birthday to my blog too......

for u.....
thank you so much :)

terimalah :-
http://www.youtube.com/watch?v=JsD6uEZsIsU

Monday, September 17, 2007

hi.... how are u........ happy birthday........
:)..... congratulation.......

selamat berpuasa
selamat bersahur
selamat berbuka
selamat hari raya
selamat pengantin baru

selamat hari jadi
semoga panjang umur
murah rezeki
ceria-ceria selalu

semoga beroleh rahmat daripada Allah S.W.T
semoga bahagia di dunia dan akhirat

semoga tercapai segala impian :)

Friday, September 14, 2007

Assalamu'alaikum.

Setinggi-tinggi syukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk menjalani kehidupan di bulan yg sangat mulia ini.

Alhamdulillah. Dalam keadaan sihat tubuh badan, rezeki yg melimpah ruah, cuaca yg baik, negara yg makmur, kita sudah tentu dapat menumpukan perhatian yg lebih baik dalam mengerjakan amal ibadat kepada Allah yang Maha Berkuasa. Bulan Ramadan Al Mubarak adalah bulan barokah. Bulan bonus untuk kita. Bulan institusi/universiti untuk kita membentuk peribadi, mendalami ilmu keagamaan, menghayati serta mengamalkannya.

Penghayatan amalan khusus pada bulan ramadan adalah sgt penting supaya kita dapat melaksanakan amalan bulan ramadan dgn baik.

Antara amalan khusus itu pastinya 'berpuasa'. Apakah pengertian sebenar berpuasa? Adakah cukup sekadar menahan lapar dan dahaga? Carilah jawapannya.

Seperkara lagi yg ingin di nyatakan di sini ialah cara kita berbuka puasa. Nabi S.A.W telah mengajar kita tatatertib yg sangat baik ketika bersahur dan berbuka. Kita dianjurkan supaya mengawal nafsu, bukan melayan nafsu. Tapi lihatlah apa yg berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini. Pasar ramadan di mana-mana. Meriah tak terhingga. Tempat peniaga meraih keuntungan. harga tak berpatutan. tiada jaminan kebersihan. kita pula membeli sakan. nafsu tak boleh tahan. bungkusan kiri dan kanan. belanja lebih pulak di bulan ramadan. tiada penjimatan, sebaliknya pembaziran. Berlanggaran lelaki dan perempuan. Mata asyik melirik pada yg cantik dan menawan.
Ada yg berbuka di restoran. Mana yg ingat magrib takpe la. tp yg tak ingat? Buffet di hotel-hotel. RM49++ per head. pehhh..... larat ke.... membazir tu dah jatuh haram pulak.

Bukan nak berpandangan negetif. Tapi perkara negetif ini memang selalu dipandang. Semoga kita sama-sama dapat menghayati pengertian Ramadan yg sebenar. Takkan kita nak larang org berniaga. Tetapi jika semua org dah menghayati ramadan dgn baik, pastinya keadaan dan suasana ramadan di kalangan masyarakat kita ini lebih cantik dan bermakna. Semoga mendapat rahmat dan keredhaanNya.