Lihat Pada Laut

Thursday, October 22, 2009

aku, farid dan cik intan - bab 8


tgh hari.

aku dan cik intan berada di taman. di bawah pokok yg sgt rendang. berdindingkan bangunan kerajaan yg tinggi nilai senibinanya. Angin bertiup cantik. cantik seperti cik intan. cik intan dan aku berehat di bangku kayu. sama2 bersandar mengadap tasik. bersandar di bangku, bukan di bahu ye.. berlantaikan rmput yg sgt hijau. Ye... aku dan cik intan berada di prisint 1, putrajaya. ada hae sikit.

aku menoleh melihat wajah cik intan yg berada di sebelah. ntah ape yg disenyumkannye aku pun tak tau le. perlukah aku membiarkan dia tersenyum? perlu... mataku menjawab. tergeletek hati ku sebentar.
namun mulut ku ini juga ingin bermanja-manja dgn wajah cik intan dan lalu mulutku turut tersenyum. "nanti dulu.. nanti dulu.. jgn kelip.. jgn kelip" mataku berkata...

"cik intan... awak tahu tak apa perasaan ibu dan ayah awak ketika awak dilahirkan dulu?" aku memulakan perbualan setelah menikmati keindahan yg ada disekeliling... dan disebelah.
"mesti lah gembira, bersyukur kepada yg Maha Esa, terharu... takkan sedih kut. kenapa?"
"ayah saya pernah bercerita.... dia kata........ 'selama ni ayah terlalu banyak menerima kasih sayang, tetapi disaat kau dilahirkan, kasih sayang yg ayah terima selama ni tertumpah kepada kau... kalau dulu ayah menerima, skrg ayah memberi. ayah tak pernah rasa perasaan tu sebelum kau dilahirkan. dup-dupnya jauh kat dalam. jauh didasar hati. makan dalam punya. sehingga berlinangan air mata. terharu. teruja. gembira. bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan ayah dan mak seorang cahaya mata. Bersyukur kepada Allah kerana memberi ayah dan mak rasa perasaan tu...' ayah minum segelas air yg dihidangkan oleh mak dan kemudian menyambung 'dulu masa ayah berjumpa mak kau, ada jugak perasaan yg luar biasa. dup-dupnye hebat juga... hehh.. tapi tak sama bila ayah dapat kau nakk' dan ayah terus memeluk saya.. hehehe"

"manjanye..."
"nanti bila cik intan dah ada anak, cik intan akan rasa benda ni"
"sekarang pun saya dah rasa"
Hahhh??? adakah cik intan dah ada anak? aku terpaku dgn kenyataan itu. mata ku bernasib baik sbb terpaku kat wajah cik intan yg tengah selamba cun.
"skrg pun dah rasa?" aku bertanya kaku
"ye skrg pun dah rasa...."

isy.... kalau betul cik intan dah beranak...mana dia? sapa bapaknya? adakah bro sam, yg aku syak ada ape2 dgn cik intan sebelum ni?

"hei... kenapa..." cik intan mengalihkan postur badannya menghala ke aku.
"ye ke... ape yg awak rasa?"
"dup-dup tu lah"
"hehhh hehhh hehhh.."
"awak... sungguh... saya dah rasa yg dup-dup tu... skrg ni pun saya sedang merasakannya"
"hehh hehh....." aku hanya mampu tersengeh. kaku. mata ku dah mula memandang rumput.
"hei.... kenapa ni...... saya belum habis cakap lagi la"
"aaa..!!?"
"saya sedang rasa dup-dup yg ayah awak rasa masa jumpa dgn mak awak tu... bukan masa dia dapat awakkk"
"hehhhhh hehhh hehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... huuuu huuuuu......"

cis... mmg burung jambu ni suka buat aku jadi stress...
dan pada saat itu, ada seorang yg stress tiba2 jadi jejaka perasan yg sgt-sgt.
dan jejaka perasan itu adalah org yg paling gembira di putrajaya tghari tu....
aku tak berani nak tanya adakah dup-dup tu untuk aku atau org lain. mmg aku tak berani nak tanya sbb aku sedang stress campur perasan. so biarlah aku cool dgn tersengeh aje. dan mata ku mula memandang langit.



my baby girl

16 Comments:

  • itu baby kau ke?...cute...berapa hari ni?

    By Blogger patungcendana, at 9:43 PM  

  • pengembaraan cik intan..

    By Blogger Aloy Paradoks, at 10:26 PM  

  • name?

    By Blogger Bundle Studio, at 11:03 AM  

  • my baby girl Maryam Zahrah. Umur hari ni ialah 19 hari... :)

    By Blogger boe~, at 8:38 AM  

  • Zamri.. tahniah. Tatau kebetulan atau apa tapi dua, tiga bulan sebelum ni saya selalu terfikir yg awak akan timang anak.

    Agaknya 'dup-dup' tu kuat sangat sampai terasa kat sini, heheh.

    Wallahua'lam.

    By Blogger areyoung, at 3:43 PM  

  • areyoung... ye ke...

    By Blogger boe~, at 2:14 PM  

  • SALAM.

    Sy ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika ada salah & silap.. mohon dihalalkan segala-galanya.

    Doakan sy mendapat haji yg mabrur.. insyaAllah sy akan berangkat ke tanah suci 18hb ini bersama keluarga.

    Sampaikan salam kepada isteri & si kecil : )

    By Blogger areyoung, at 6:16 PM  

  • aida... Alhamdulillah.
    mudah-mudahan mendapat haji yg mabrur. saya juga ingin meminta maaf diatas segala salah dan silap saya pada awak ye. baby pegi sekali ke?

    By Blogger boe~, at 8:44 AM  

  • hii Zahrah !!..she's very cute thanks to Allah n congrats bro...corakkan secantik2nya..

    By Blogger buyat, at 2:11 PM  

  • tq bro

    By Blogger boe~, at 8:32 AM  

  • moga selamat pergi dan kembali..
    insyaallah...

    By Blogger Aloy Paradoks, at 6:07 AM  

  • salam...

    lama tak jumpa...anak dah pandai buat apa?

    re:...sekali-sekala ponteng kerja...hehe...

    By Blogger patungcendana, at 10:29 AM  

  • nak guna GPS...aku tak suka berinteraksi dengan machine...huhuhu

    By Blogger patungcendana, at 8:59 PM  

  • salam bro...mmmm sibuk ngan baby...?
    u sure be a good daddy....

    By Blogger buyat, at 3:04 PM  

  • Salam Maal Hijrah Boe. :-)

    By Blogger patungcendana, at 10:42 PM  

  • err....direct selling?

    By Blogger patungcendana, at 10:20 PM  

Post a Comment

<< Home