Lihat Pada Laut

Friday, September 29, 2006

Ramadhan Al-Mubarak

Bulan yg penuh kemuliaan. Bulan yg penuh keberkatan. Turunnya Al-Quran juga pada bulan ini. Begitu juga dgn malam Lailatul Qadar iaitu satu malam yg lebih baik daripada seribu bulan. Adakah cukup untuk kita hanya dengan menahan lapar dan dahaga? Bagaimana dgn amalan-amalan yg lain seperti membaca Al-Quran, solat malam, memperbaiki hubungan dgn manusia, bersedekah, memperbanyakkan amal jariah, menjaga pertuturan, menjaga pakaian, menjaga pergaulan dan sebagainya. Bulan ramadhan adalah bulah tarbiyah. Bulan yg mengajar kita untuk mendisiplinkan diri, Bulan ini juga boleh diandaikan seperti sebuah institut atau universiti dimana pada bulan ini kita melatih diri kita untuk melakukan perkara yg sepatutnya dilakukan seperti istiqomah dgn amalan mulia, memperbanyakkan amal ibadat, memohon keampunan dariNya, mengharapkan keredaan dariNya, cuba sedaya upaya untuk tidak melakukan kesalahan atau dosa dan sebagainya. Semoga pada bulan yg mulia ini, selain kita menunaikan ibadat wajib, kita juga memperbanyakkan ibadat-ibadat sunat. Muhasabah diri. Cermin cerminlah diri. Siapakah kita? Untuk apa kita diciptakan? Pada bulan ini kita boleh latih diri kita untuk menjadi manusia yg sepatutnya. Semoga terus beristiqomah pada bulan-bulan yg lain kecuali berpuasa wajib sebulan dan solat sunat terawih kerana amalan ini mmg khas untuk bulan ramadhan. Mohonlah Kepada Allah S.W.T agar kita diberi taufik dan hidayah, perlindungan, jalan yg lurus, dan sebagainya yg biasa kita doakan. Insya Allah.

Friday, September 22, 2006

Ingatan...

Selang beberapa minggu yg lepas aku telah bertemu dengan seorang kenalan yg tak berapa kenal sebenarnya. Beliau adalah seorang suami yg tidak bekerja. Pada suatu ketika, aku pernah memandang rendah kepada beliau kerana tidak mahu bekerja. Justeru itu aku tidak begitu memberi masaku untuk bersamanya di kedai mamak atau di mana-mana. Namum... pada suatu hari, aku sempat berbual dgnnya untuk seketika. Beliau telah menceritakan zaman kegemilangannya mengecapi kekayaan dan kemewahan dunia. Tapi itu cerita lama sebelum segala kenikmatan dunia itu ditarik balik. Dia adalah org yg berpengalaman dalam mengharungi kehidupan. Aku yg dah silap menilainya... (moral: jgn pandang org sebelah mata)

Pada satu tengahari, beberapa minggu yg lalu, dengan izinNya, aku bertemu lagi dgn kenalan ini. Di kedai makan salam pantai timur sewaktu aku menjamu juadah nasi dan ayam kampung goreng, kelibatnya kembali kelihatan. Sedang menapau makanan untuk anak kecilnya. Hehh.... aku seronok melihatnya. Aku memanggilnya ke meja dan kami mula berbual.

Sebenarnya apa yg hendak aku ceritakan adalah bermulanya disini......
Sedang kami asyik bertanya khabar dan berbual2, ada seorang penjual cd agama datang ke meja kami. Cd itu bertajuk zikir munajat dan bagaimana cara untuk menangani kesedihan dan kerunsingan oleh Dr. Badrul Amin. Aku membelinya.... (tapi sampai skrg belum dgr lagi... hehh). Sebaik saja si penjual cd itu pergi, rakan kenalan aku ini pun mula bersuara... bunyi nya lebih kurang begini la...(ada sleng ganu cket)
"sebenarnye yg buat org jadi runsing ni satu je... apabila org tu nak kaye......"
dalam hati aku mmg dah setuju walaupun ada org yg dah kaya masih mengalami kerunsingan yg lain. Dia menambah.."kalau org tu setakat nak hidup, nak cukup pakai dan makan je... ok... no problem... cukup dgn gaji yg dia dapat tiap2 bulan tu. Yg jadi masalahnye ialah apabile dia nak lebih.... nak kete beso, nak umah beso, itu yg runsing tu..."
sekali lagi aku setuju. Mmg apa yg dicakapkan ni adalah mgkn sebahagian saja daripada punca kerunsingan yg dihadapi manusia. Cuma apa yg nak ditekankan disini ialah masalah nak kaya ni mmg mgkn menjadi punca utama kerunsingan org2 kita zaman sekarang ni. (org yg sihat tubuh badan la.... kalau sakit, mgkn dia akan runsing dgn penyakitnya). Jadi bg org yg sihat dan normal yg sepatutnya bergembira, redha, bahagia, bersyukur dan boleh beramal ibadat dgn khusuk, boleh jadi sebaliknya apabila dia ditimpa kerunsingan dimana kehendak nafsu melebihi kemampuan.
Dia terus berkata.. "itu yg diorg langgar smcm tu... mula ambik rasuah, tipu org, buat dua tiga keje sekali jalan, tipu overtime... sebab tak cukup... dah ambik pulok kete baru, hutang, hhmmmm..... keje sampai lewat malam cari duit sebab bnyk hutang. Anak bini tinggal kat umoh. hey kawan.... stress ooo...... itu yg runsing... kene pulok bini jenis nak itu nak ini.... pening oooo..... setahun dua ok lagi... lame2 bila dah letih, hutang belom habis byr lagi.... masa tu lagi runsing.... anak membesar makan duit haram. jadi ape kt anak tu..... tu yg jadi degil, melawan, mat rempit...... family jadi kucar kacir.... ini sume punca sbb masa dulu nak kaya, nak hidup mewah, nak pakai mende mahal2. tp gaji tak cukup. buat mende lain bg cukup.... ni la punca runsing dan tgk kesan dia.... nak kaya!!" dia sengaja menghenjut perkataan kaya tu sambil merenung kat aku dan sambil membulatkan sedikt matanya. Mcm tahu2 je aku ni dah bnyk hutang....
Aku bersyukur pada Ilahi kerana memberi peringatan kpd kami berdua pada tghari tu. Allah telah mempertemukan kami berdua dan mengilhamkan kenalan ku untuk berbicara kepada ku tentang kehendak yg melebihi kemampuan boleh mendatangkan masalah. Alhamdulillah..... itu adalah satu petunjuk dan ingatan dari Nya. Mungkin sebelum ni kita dah diberitahu dan dah pun diingatkan, tapi kita mudah lupa dan alpa dengan kemewahan yg kita nak miliki itu. Aku juga berterima kasih kepada kenalanku itu kerana mengingatkan aku (dengan izinNya jua). Kembalilah kepada Islam. Allah s.w.t dan rasul s.a.w telah mengajar kita cara untuk hidup sejahtera dan berkat di dunia dan di akhirat.
SELAMAT BERPUASA

Wednesday, September 20, 2006

thank you

first... Alhamdulillah

pastu untuk sahabat yg sorang ni,
saya amat menghargainya.... saya terima blog ni sebagai hadiah yg sangat istimewa.

Tuesday, September 19, 2006

Assalamua'laikum...


Al-hamdulillah,
terlaksana jugak hasrat yg dah lama dipendam utk sahabat yg sorang ni.

Zamri, terimalahhh ~ Lihat Pada Laut...