Lihat Pada Laut

Wednesday, April 15, 2009

aku, farid dan cik intan.. bab 5

"jom kita keluar"
"what!"

sengaja aku bawa cik intan ke salah sebuah pub terkemuka di K.L untuk melayan live band performance. Bukan apa... saja nak test burung dah semakin jinak.. hehh.
cuma keadaan didlm tidak begitu sesuai untuk seorg lelaki dan seorg perempuan yg bakal menjadi sepasang kekasih. Kebetulan mlm tu 'the big band' tak perform. . Sebenarnya aku tahu band mana yg akan perform. Band jemputan. Mmg tak best. Jadi aku ada alasan untuk keluar awal. Mana la tahu cik intan syok pulak kat dlm tu. Kat dlm tu suasananya mmg bising. Sound box besar mcm gajah. Jadi perbualan aku dgn cik intan agak terbatas. Sebagai seorg lelaki yg prihatin dan mengambil berat, aku selalu memantau keadaan cik intan. Mataku tidak dapat lari dari memandang cik intan. dan aku dapat melihat bahawasanya cik intan suka kepada muzik. dan dia boleh ikut nyanyi sama pulak.

Aku?
takkan nak jadi bodyguard je....

Ggrrr...!!

Salah satu sbb aku mengajak cik intan keluar ialah sbb aku nak cuba menjalinkan hubungan yg lebih intim dgnnya... huhuu.
Oleh yang demikian aku kene buat sesuatu. Kami memasuki pub itu pada waktu happy hour. Bandboy belum perform. Cuma D.J yg syok sendiri dgn lagu yg agak r&b dan sesekali keras.
Apa yg harus aku buat? Takkan nak tunggu band cap ayam tu kut. Aku jamming masa sekolah dulu lagi power.

Cik intan? Aku menoleh ke arahnya, kemudian aku melihat sekeliling... mana la tau ada burung yg lagi cantik....
Amboi... banyaknya mata memandang.... ishhh.... bangga pun ada.... sbb? sbb diorg bukan setakat memandang cik intan, tetapi mereka juga memandang lelaki yg duduk dgn cik intan... hihh hihh..hihhh

D.j sedang berceloteh, aku berfikir.. Hubungan yg lebih intim? tak tercapai lagi ni.... cik intan layan lagu, aku layan perasaan... intim? maksudnya rapat la kan. Takpe kejap lagi d.j mainkan lagu. harap2 lagu yg memekak sikit.....

"jom kita keluar"
"what"

perangkap dah nak kene. bising sangat muzik tu. untuk bagi cik intan selesa, aku menghampirkan sedikit diri aku kepada cik intan. kira mcm bahu hampir nak bertemu bahu gitu..

"mmm.... lagu ni bukan zaman saya"
"haaa....apa?" ishh.... cik intannnn.... kau mcm tau tau aje aku nak intim dgn kau ye.... rupanya cik intan pun menggerakkan sedikit bahunya kearah aku. kira bahu dah bertemu bahu la gituuu..

"saya lapar jom makan kat luar"
"makan?"
"ya... jom" sambil memberikan senyuman kepada cik intan..
"nanti i habiskan air ni dulu ye"
"apa???" ceh.... aku pulak tiba2 tak dengar. bising betul lagu d.j ni.
cik intan memperlahankan suara tetapi boleh didgr dgn jelas..."d.j kata lepas ni ada lagu kegemaran i. one song ok. air pun ada separuh lagi ni. tadi u kata u tak lapar? boring eeaa!"
uhh uhh uhh.... burung jambu ni mmg menerima aku seadanya kut. cik intan telah mendahului tindakan aku. dia telah meletakkan corong suaranya betul betullll dekat gegendang telinga aku. ..
berkata dgn nada yg biasa. sesedap mendengar sehingga aku tak dgr lagi lagu d.j.
Aku memandang wajahnya. Dia senyum sambil mengangkatkan kening seolah olah sedang menunggu jawapan aku. mmg aku tak lapar nasik. tapi aku lapar burung hiduppp.
Sekarang giliran aku pula untuk berkata2. Sambil aku mula bertindak untuk meletakkan pula corong speaker aku ke gegendang telinga cik intan, cik intan telah pun siap-siap menarik tirai pintu telinganya. ya.... cik intan telah menyangkutkan rambutnya yg lurus itu kebelakang telinganya untuk memberi laluan kepada bibir ku yg sedang membuak2 walaupun pertemuan ini bukanlah lagi dgn rakan sejawatnya. Pergerakan maut inilah yg telah memanah hatiku terhadap cik intan semasa mula2 cik intan dtg ke ofis aku dulu. Hatiku mula berkata 'oi cepat sikit kau tak rasa bibir kau tu dh terkuit2, hidung kau tu dh kembang kuncup'. Tapi akal ku sempat membalas..'relak aa brader, baru nak berbisik, bukan buat apa2'.
Saat aku ingin mula hendak berkata2, sebenarnya itulah saatnya lidah aku tanpa permit ingin keluar dari mulut kerana ingin berkenalan juga dgn telinga cik intan. Begitu juga dgn hidung aku tak sabar2 nak tahu samada cik intan baru lepas bershampoo atau tidak. huhhh.... mencabar gila bebb.... nasib baik akal aku ni telah dilatih untuk berfikir pantas. Lalu aku terus berkata.. "dah pukul 10. saya nak bawak awak makan kat tempat special. tak jauh dari sini. kita jalan kaki je." sebaik saja aku berhenti bercakap sekali lagi lidah, hidung, dan kali ni dgn gigi aku pun sekali nak ucap hello pada telinga cik intan. gggrrrr!!!!!

"ok lah. jom."

walking down the street... sembang2 sambil berjalan kaki... elehhh mcm cerita dlm tv pulak. tapi aktiviti ni mmg ok.... relax. sihat.

"awak suka muzik kan" aku bertanya sambil melangkahkan kaki seiring dgn cik intan.
"mmm... suka kut"
"tetapi awak lebih suka menyanyikan?"
"........" cik intan hanya senyum sambil memalingkan muka kearah aku. Mendongak sedikit sbb paras matanya berada di paras dagu aku.
"ok bg saya sepuluh jenis alat muzik"
"hmm?... ok... gitar, drum, aa... piano, organ, aaa..... sexefon.... aaaaaa....... i x tau sgt la.."
"alat muzik apa yg awak tau main?"
"tak tau ape2".. sambil memuncungkan sedikit bibirnya. bibir aku pun terikut2. eh kau ni mulut. tak sabar nak bertemu ye.... dan aku gelak sendiri...
"apsal ketawa?" masa tu aku dan cik intan dah sampai ke garisan lampu isyarat (sedang merah).
aku memerhatikan cik intan dari bawah ke atas. cik intan mengerutkan dahi. lampu masih merah. sempoi jugak cik intan ni. selalu aku tgk dressing dia masa waktu kerja. tapi kali ni lain. kasut nike sport, seluar jeans, dress ala2 baby, tak bawak handbag, melenggang kangkong je mcm aku. hihh... cik intan menjeling ke lampu isyarat hijau. aku? selalunya pada saat mcm ni aku akan menunaikan permintaan mata aku untuk melihat pada keindahan sekeliling.
"ok jom" aku hanya mampu senyum dan terus melangkah melintasi simpang empat yg huru hara dan yg antara paling sebok pada waktu mlm di k.l ni. Sebagai seorang lelaki bijak, aku tidak memegang tangan cik intan ketika melintas kerana aku nak melihat sifat berdikari pada diri cik intan..
aduh.... rasa mcm nak melintas lagi sekali je...

"berapa bnyk lagu yg awak hafal liriknya"
"hampir semua lagu yg saya suka dgr" kami meneruskan perjalanan yg indah lagi mengiurkan itu. Cuaca ok. sejuk. berangin. tiada cctv...
"saya tahu apa yg awak suka sebenarnya"
"mmm?"
"muzik adalah muzik. nyanyi itu lain. lagu itu juga lain"
tiba-tiba cik intan mencantas kata2 aku... "nyanyian adalah satu cerita" cik intan melemparkan wajah manisnya kearah aku dan menyambung kata2nya. "mcm juga dgn sajak, puisi, cerpen.... cuma cara penyampaian yg berbeza. menyanyi tak semestinya dgn muzik, kalau diadunkan dgn muzik, maka ia menjadi sebuah lagu"
dan aku menyelit....."so... sah lah awak hanya suka kepada nyanyi dan lagu. tapi awak bukan seorang yg suka kepada muzik itu sendiri.. "
"awak? suka apa?"
saya suka cik intan. hehh... dlm hati je..
"saya baru sedar yg saya suka muzik sahaja. saya tak suka lagu"
"awak tak hafal lirik?"
"tak"
"awak tak peduli apa cerita lagu tu?"
"tak"
"awak tak ikut nyanyi sama bila dgr lagu yg awak suka?"
"saya hentam kromok je. janji melodinya ada. sbb telinga saya lebih menjurus ke muzik dan melodi. bukan lirik dan nyanyiannya."
"tak best nye...."
"kenape?"
"mcmana awak nak enjoy menyanyi, kalau awak tak tau isi ceritanya... tak ada feel la..."
"iye..?"
"iye la...."
"huuu..........."
tak sangka cik intan sependapat dgn aku tentang lagu dan irama. mana dia dapat ilmu ni? aku dapat dari seorang sahabat lama yg menggemari skuba diving. dulu kami skuba sama2. dan skrg masih on lagi. nama sahabat aku ni bro sam. org seni. tapi brutal beb... bro sam pernah memberi hujahnya berkaitan dgn nyanyi dan lagu.... "cuba lu nyanyi cindai lah mana.... lu dgr gua nyanyi....." huhh ada lenggok bebb. apa yg dia kata sebenarnya itulah yg aku katakan kepada cik intan. dan apa yg cik intan katakan tentang nyanyi dan lagu sebenarnya itu lah juga yg bro sam katakan kpd aku. tetiba aku teringat kat bro sam. adakah dia juga mengenali cik intan? adakah dia juga pernah berjalan sambil sembang2 mcm yg aku buat skrg ni? adakah dia juga yg mengajar cik intan tentang lagu dan nyanyi ini? kalau ye, kenape bro sam tak pernah cerita pasal cik intan. mgkn mereka sepupu, sekampung ke?