Lihat Pada Laut

Tuesday, June 10, 2008

bad calculation

harga sebuah kereta jepun dan europe 'sederhana selesa' seperti accord, corolla, sentra, merz 200E, masterpiece, bmw320i, 520i dan yg sesaiz dgnnya yg dikilangkan pada tahun antara 1992-1999, harganya adalah antara rm15,000-50,000 sahaja.

manakala harga kereta sederhana selesa yg 'baru' pula seperti city, vios, accord, altis, wish, crv, xtrail dan yg sekelas dgnnya adalah antara rm80,000-160,000.

kenapa org beli kereta baru? sebab dia baru dan jimat minyak
kenapa org tak suka kereta lama? sebab dia lama la dan tak jimat minyak

tapi...

berapa peratus je penjimatan bahanapi kereta baru jika nak dibandingkan dgn kereta lama?

K.L - Bukit Kayu Hitam, -jazz 1.4 = rm50 (fakta)
-citra 2.0 = rm90 (fakta)
-wish 1.8 = rm60 (agak-agak)
-wira lama = rm70 (fakta)
-accord lama = rm90 (agak-agak)
-masterpiece = rm120 (agak-agak)

jadi bezanya tak banyak mengikut cc (saiz) kereta tu.
kesimpulan 1- kalau kereta baru isi seratus pegi balik keje boleh tahan 10 hari, kereta lama mungkin boleh tahan 7 hari setengah. so... kereta baru untung, jimat.

tapi, bagaimana pula dgn harga?

accord baru - rm145,000 - 170,000 accord lama - baru rm15,000 - 50,000
merz baru - rm200k ke atas kut merz lama - baru rm50,000 (elok dah tuuu)
wish - rm145,000 (dulu takde wish)
estima - rm170,000 keatas termasuk recond etima lama baru rm50k kebawah

jadi.... harga banyak beza tuuuu....

kesimpulan 2 - kereta lama untung sebab harga murah.

ok. jom kita kira-kira.

kata lah aku amik wish. rm145,000
downpayment rm45,000.... huuuuu
monthly rm1,800 selama 5 tahun

dan katakan aku amik merz lama rm30,000
downpayment rm10,000
monthly rm600 selama 5 tahun

minyak wish sebulan rm400
minyak merz sebulan rm600

untuk tempoh 5 tahun, (minyak + installment),
wish - aku habis rm144,000
merz - aku habis rm60,000

amacam? mana untung? kata lah repair merz bagi cantik dan menarik - rm20,000
baru habis rm80,000 (tadi tak campur downment, wish 45k, merz baru 10k)

katalah aku amik myvi baru... rm50k, campur bank interest mungkin boleh jadi 80k jugak. campur minyak rm300 X 60 bulan = 18,000.

pun untung lagi pakai merz.

lepas 5 tahun, dah mula bosan tak kira wish baru ke, myvi ke, mahu pun merz tadi. tangan dah mula gatal nak tukar kereta lagi.

so.... pilih lah mana lu suka... proton pesona baru vs bmw 5 siries yg lama sikit (1990an)

mana lagi sedap, mana lagi mantap, mana lagi jimat, cuma yg beza 'baru dan lama'

Monday, June 02, 2008

dah bnyk kali aku ke bengkel kereta...
bengkel melayu dan bengkel cina..
maklumlah, pakai kereta lama..
antara bengkel melayu dan cina..
memang ada beza..
antaranya ialah 'cara'
begitu juga dgn gaya...
tak kurang dgn sikap dan daya usaha....
aku kagum melihat kerja org cina
bersungguh-sungguh, tekun, mahir dan segera
kerja org melayu, longlai dan bersahaja je....

pergi bengkel melayu sbb nak tolong bisness melayu
pergi bengkel cina sbb tak yakin dgn perkhidmatan bengkel melayu
tapi taklah semua bengkel cina itu bermutu
jaga-jaga... kene sembelih baru tahu
ingat hanya nak tukar tayar baru
amoi.. break pump linking, amoi... bearing sudah picahhh... last-last, kene seribu
bengkel melayu tidaklah begitu
namun ada juga yg meniru
meniru sikap cina yg menipu
tapi kenapa taknak tiru dari segi mutu

org melayu kan beragama Islam
Al-Quran dan hadis kena faham dalam-dalam
Atitud, sikap dan qualiti perkhidmatan patut dah faham
tipu jgn tapi kualiti dan kesungguhan kene ngammm...

cuba lihat org uk dan australia
bandingkan pulak dgn org kita
dan cuba pula tgk org cina
dari segi komunikasi, PR dan hormat sesama manusia
kata... org melayu lembut dan berbudi bahasa..
kata.... org melayu bersopan dan berbudaya
iye ke.....
mungkin zaman dulu bnyk le
tapi zaman skrg amacam? ada?
ada..... tapi susah nak jumpa
mana perginya budi bahasa
mana perginya budaya yg mencerminkan bangsa
mana perginya Islam sebagai cara hidup yg sejahtera
mcmana org cina dan org australia pulak yg berbudi bahasa
mungkin diorg ikut logik dan akal sahaja
tapi mcmana dgn kita?
sedangkan Islam dah ajar semua
dan sudah pasti lebik baik dari mereka
inilah bahana kalau tak dgr kata
Allah S.W.T telah berfirman dan Rasulullah S.A.W telah bersabda
cuma kita ni yg selalu menderhaka
selalu leka
ikut sgt org barat biru mata hitam katanya
org barat buat maksiat tapi old lady melintas diorg berhentikan kereta
org kita? jgn harap, kene hon ade le....
kenapa org kita dah teruk mengalahkan cina
kalau dulu yg kencing kat tangga, kita tahu ini keje anak org cina
tapi skrg persepsi dah tukar kpd org kita

budak melayu dah semakin kurang aja'
pagi petang siang mlm kerja dok lepak
berkerja sekadar nak cover lapa'
masa sekolah rempit sana sini tunjuk riak
lepas sekolah tak dpt masuk u jadi loklak

cuba perhatikan kalau kita beli barang
kalau cina yg jual mungkin kita kene temberang
tapi itu persepsi dulu dan bukan sekarang
sbb org melayu pun kuat temberang

cuba kita pergi kedai tivi atau perabot
sapa yg pandai layan sampai kita tersangkut
salesman yg mana yg akan senyum juga kalau kita tak jadi beli dan terus cabut
salesgirl mana yg sambut kita dgn mesra dan jawab soalan dgn lembut
jawapannya... korang pun tahu kut...

wahai bangsa melayu
kembalilah kepada ajaran Rob mu
Islam dah ajar semua bab sopan dan mutu

bekerjalah dgn tekun dan ikhlas
walaupun kompeni kepunyaan mak tiri kakak ipar punya biras
Insya Allah. akan berbaloi dan berbalas.

sekian.