Lihat Pada Laut

Thursday, June 28, 2007

ayah dan ibu



........maafkan aku



tentu kalian hampa dgn cara ku

aku tahu.... walau kalian tidak pernah memberitahu



ayah dan ibu

.......maafkan aku



aku gagal dlm mengejar impian mu

aku engkar segala anganmu

aku telah mengecewakan harapan mu



ayah dan ibu

........maafkan aku



aku tidak mengerti pada ketika itu

aku tidak tahu menilai kehidupan pada waktu itu

aku hanya tahu yg mana seronok dan yg mana mengantuk

aku abaikan cita-cita mu sebab aku nak jadi aku

hehh....



ayahhhh... ibuuu.....

.......maafkan aku



kini aku telah dewasa ayah...

kau telah pergi buat selamanya

ayahhhh...... maafkan aku

tidak puas rasanya bermanja dgn mu ayah

teralu sikit baktiku pada mu ayah...

ayahhhh..... suatu ketika dahulu aku meronta

aku memberontak..... aku tahu kau berkecil hati ayahhhh...

aku tahu kau hampa....

maafkan aku ayahhh...

maafkan aku diatas keterlanjuran kata-kata ku ayah

maafkan aku kerana bermasam muka dgn mu ayah

ayahhhhh......

semasa aku kecil kau telah mencurahkan kasih sayang mu sepenuhnya pada ku

aku masih ingat kereta mainan yg kau belikan... jaket, kasut jonson yg aku minta kerana nak

sama dgn kasut mu ayahhhhh......

ayah...... setiap pagi kau menghantarku ke sekolah. kita minum dulu di kedai kopi ayahh...

aku minum milo, kau minum nescafe ayahhh... kita sama-sama memesan roti bakar ayahhh..

sebelah petang pula kau bawa aku ke pekan untuk pekena roti canai ayahhh...... kau tahu

minuman kegemaran ku ayahh..... ye.... air kotak laici....

ayahhh..... aku masih ingat sapaan kawan mu tatkala kita minum petang bersama di sebuah

warung di kampung seberang ayahhh.... ye... "mcm kawan je kau buat anak kau tu ye"

ayahhhh..... maafkan aku. apabila aku semakin dewasa, jiwa ku memberontak untuk kebebasan.

langkah ku semakin panjang... pergaulanku semakin luas... aku hampir terlupa dgn kasih

sayangmu ayahhh... maafkan aku...

Alhamdulillah..... aku masih dipelihara... aku berkesempatan menjagamu ayahh... walaupun

aku rasa tak sepadan dgn kasih sayang mu ayahh.... ye..... itu aku rasa hanya setelah kau pergi

ayahhh...

ayahhh.... maafkan lah aku. semoga kau berada didlm rahmat Allah.

ibuuuuu..........

kau lah ratu dlm hidupku kini

Ya Allah. berilah aku kesempatan untuk menjaga ibuku ya Allah.

ibu.... cukup bulan ni aku balik buuuu....

Wednesday, June 20, 2007

tua?

semalam aku menonton cerita fantastic 4

aku sedar umur aku dah hampir tua. tapi aku baru sedar jiwa dan citarasa aku juga dah hampir tua.

aku ada keinginan dan pergi menonton filem itu-maksudnya jiwa muda masih ada.
tetapi apabila menonton, aku tak berapa enjoy dgn jln cerita ala komik tu. aku suka cerita fiction, tapi aku tak suka yg tak logik jln ceritanya. contoh: hero2 ni dah berjasa bnyk pd org ramai. tapi org boleh mentertawakan mereka bila mereka buat kesilapan. chief tentera tu pun boleh layan diorg mcm sampah je......(mgkn budaya dirg mcm tu kut)

mungkin cerita ni yg mmg tak bagus
mungkin jiwa aku yg dah tak boleh menerima
mungkin sbb dah terlalu bnyk filem2 yg menggunakan teknologi grafik, menyebabkan aku dah tak heran sgt dgn babak2 yg menarik.

tapi aku rasa sbb jln cerita dia lah....
aku layan spiderman ok je..
maksudnya-jiwa muda masih ada... heh hehh.

Monday, June 18, 2007

senyum yg terpancar
mata yg melirik
aku terpukau
rambut yg lembut lurus tidak tergamak untuk aku menodainya
kerana aku tahu
bukan itu kemahuan sebenarku walau hati sedang menggila
aku cuba...
untuk melindungi, bukan menodai
andai kau baring dibahuku, aku tidak akan membelai rambutmu
namun....
kerana tidak 100% ,
aku membuat satu kesilapan
memang sehelai rambut pun belum pernah kusentuh
tapi kesungguhan untuk melindungimu amat terbatas
aku lemah dalam perancangan
ya... Tuhan Maha Mengetahui
itu adalah ketentuanNya
tentu ada rahmat untuk kau dan aku

Friday, June 15, 2007

memori yg berepisod
buah fikiran yg kadang-kadang mengkagumkan
fokus yg dalam namun kadang-kadang melayang
menjiwai, menghayati cerita yg didengar, ditonton dan dingankan
mata kuyu, bibir tersenyum, hati yg girang
langkah yg melayang....
aku melastik ke bintang

Tuesday, June 12, 2007

kosong.....
tiada subjek
tiada isu
tiada gambaran
tiada klu
tiada yg tertera
tiada yg terlintas
tiada yg terdetik

tiada rasa

diam
koma
melayang pun tidak
mengelamun pun tidak
merewang pun tidak

mata menembusi dimensi lain
kening berkerut sedikit
bibir tertutup kemas
nafas yg sekata

jari-jemari tetap di keyboard
sambil melihat pada jam dan cincin
sambil melihat pada skrin yg tertera

aku sedang mendiamkan diri