Lihat Pada Laut

Wednesday, April 25, 2007

kelam... gelap....
sepi.... dtg selepas gelak ketawa
dtg selepas perginya kemesraan
murung... keseorangan... kesepian
setelah riuh rendah... setelah kemeriahan

dalam kumpulan ini dia terpinggir
entah kenapa..."apa salah aku" bisik hatinya

mana yg silap... dia atau org lain di sekelilingnya
dia mencermin diri dan berfikir "memang aku tak pandai nak bergosip"
"mmg aku tak pandai nak bercerita tentang AF, mmg aku jahat dari korang. tp aku bukan jenis yg bercerita pun. jadi korang pun tak tahu kut. korang mat belia. korang boleh berceria pasal bawang merah dan bawang putih. korang boleh bercerita pasal ratapan anak tiri.. hehh.. hehh..
tapi apa salah aku pada korang?" "kenapa korang asingkan aku? minum pagi tak penah ajak melainkan aku yg nak ikut sendiri. main badminton, futsal.. tak ajak pun. aku kan satu floor dgn korang... mcmana org kat workshop tingkat bwh pulak yg sampaikan berita yg mlm ni ada futsal? bukan korang ke yg organize game ni? "
"adakah sbb aku tak pandai nak bergosip mcm korang? adakah sbb air muka aku yg keruh ni. tak hensom. hehehh... korang niiiii..... mungkin aku tak pandai nak menghiburkan korang.. tak pandai nak berjenaka.. tapi aku tak pernah menentang korang tau... aku selalu senyum pada lawak2 korang tu.... tak perasan ke?????
sampai ke tahap perkara yg aku tak setuju pun aku iye kan saja sbb aku nak korang terima aku. aku satu opis dgn korang tau... pencen lambat lagi.... lama aku nak mengadap korang niii..."
"atau mungkin sbb itu kut... sbb aku tak pernah menentang.... aku iye je semua.... patutkah aku bersuara lantang membidas idea korang... biar bertikam lidah sikit..... huuuu lagi la aku jadi kera agaknya."
"mcmana yekkk..... pening jugak aku.... terasa.. kecik hati...huuu huuuu huuuuu...."
"dah la bos jenis pilih kasih.... partner keje aku ni (sepatutnya) mmg kuat kipas. jadi sebenarnya aku mmg dah jadi kera kat opis ni... bos tak suka... kawan2 tak suka.... buat keje sorang2.... pegi site sorang2.... pegi minum hinshh.. pun sorang2 je.... "

tapi dia tak kisah... dia dah lali.... dah lama
dia selalu berfikir yg hidup ni umpama roda
dulu dia pernah diatas.... sekarang dia dibawah
mungkin besok dia akan kembali ke atas

Tuesday, April 17, 2007

cerita

hidup... penuh dgn cerita
ada yg bersiri
ada yg bermusim
ada yg teruja
adakalanya membosankan
ada jugak yg jenis 'the movie'
kita mengenang
kita mengingati
kita menghargai
kita menilai dan merumus
dan kita merasai....
ada yg dijadikan iktibar
ada yg dijadikan landasan
ada yg sekadar pergi begitu saja
ada yg minta cerita itu berpanjangan
ada juga yg mengharap itu adalah 'the final chapter'
kita gembira
kita berduka
kita bingung...entah.. dibelenggu... dipaksa... didesak
kita bahagia... merasai nikmatNya
kadang-kadang kita selesa jadi kita
kadang-kadang kita nak jadi org lain
setiap insan memiliki ceritanya sendiri
pasti yg indah dan bermakna itu akan segar didalam ingatan
ada insan yg kita ingati kerana beliau berada didlm cerita yg penting
namun insan itu belum pasti mengingati kita kerana beliau mungkin mempunyai cerita yg lebih penting untuk diingati...
sebab setiap insan memiliki ceritanya sendiri
ada yg menikmati cerita bersiri yg terlalu lama
ada yg suka pada cerita yg berlainan setiap masa
walau apa pun jua
cerita yg sudah berlaku
cerita yg sedang berlaku
dan cerita yg 'coming soon' itu,
bersyukurlah
redholah
semoga doa, ikhtiar dan tawakal sentiasa menjadi kawan kita untuk menikmati cerita-cerita 'akan datang' yg elok dan barokah

Takde masalah..? ;P

Thursday, April 12, 2007

adakala pada ketika yg tertentu
waktu-waktu yg menjadi suram
jiwa yg sepi fikiran yg kosong
entah (untuk buat apa-apa)
serba tak tentu
sehingga kakak kedai buku pun mungkin tahu
aku hanya merenung rak dan buku
'mungkin majalah boleh la kut'..
akhirnya aku beli juga
sbb tak nak keluar dgn tangan kosong
majalah travel directory dari eropah.
hinssh.... ape ke hae nye aku beli majalah ni.
mcm dah banyak duit pulak nak melancong ke portugis dan sepanyol.
mungkin sbb nak tengok design banglow penginapan yg diiklankan kat majalah tu
dan aku dah tahu.... rumah org portugis sama mcm rumah org mexico
takde ropol-ropol..... tp kotak-kotak
cantikkk...... nyamannn......
langkah yg perlahan keluar dari kedai buku...
tanpa arah lagi
dan masih entah....