Lihat Pada Laut

Tuesday, November 28, 2006

datar

damai yg nampak
sejuk yg terasa
indah yg terpapar
ketenangan dijiwa
ketenteraman diminda
percikan air yg berkilauan
apabila bot menyusur membelah dataran

mata yang dipejam
deria bagai serasi dgn alam
harum segar udara di hulu
terasa tubuh dibelai bayu
hutan membisik gelombang yg merdu

pokok-pokok yg melambai-lambai
lampam-lampam berkawan-kawan
helang bertenggek mengintai haruan
burung kenyalang sedang berdua-duaan

mlm sepi dingin tanpa tamadun
sesekali sayup jeritan buas kedengaran dari belantara di daratan
cahaya bulan menerangi malam
menikmati juadah di planta terapung

Friday, November 10, 2006

Tak logik

Semalam aku telah di uji dengan suatu perkara yg mencabar ego dan sabar. Namun entah kenapa aku terlalu cepat mengalah... adakah aku seorang yg pengecut?
Ada seorang budak ofis ni (umur dalam awal 40an kut), dia berkerja overtime sehingga malam. Mungkin dah kebiasaan dia akan meletakkan keretanya di kawasan motor bawah bangunan ofis tu. Jadi mlm tadi aku dah letak motor aku di kawasan tu (mmg kawasan motor pun). Dia mintak aku mengalihkannya. Aku pun takde la hal sangat. Boleh je... cuma sambil-sambil aku nak mengalihkan motor, sempat la aku sound dia sikit. Mcm biasa la.... sambil gurau-gurau. "ni tempat motor la brader... bukan kete..." Sbb tertanya2 jugak la kat buah fikiran aku ni ape ke hae nye dia nak parking kat situ sedangkan tempat letak kete ade je kat sebelah tu (tapi tak berbumbung la).. pada aku itu dah dikira 'mengada-ngada' dan menyusahkan orang. Yang aku heran tu apsal dia tengking aku selepas aku sound dia tadi. "eh, sukati aku la aku nak letak kat mana. Haa.. sekarang kau nak hentak aku? hentak la... aku sikit pun tak gentar. jgn la nak mempertikaikan pulak. Aku suruh baik2. Org lain aku suruh ok je..."
hehh..... aku pun tak tau nak jawab apa. Aku tengok je dia. Sbb aku heran... tak logik.. apa rasional dia nak marah aku sampai tengking2 mcm tu. bukan parking dia.. bukan ada nama dia kat parking tu... dan yg pasti, itu adalah parking motor. Pendek kata kalau dibawak kes ni kat mahkamah mana2 pun, aku mmg boleh menang besar. jadi sepatutnya kene pakai konsep pat pat nye sape dpt die punye le. (itu pun kalau nak ngada-ngada parking kete kat situ)
Tapi aku jugak sedikit heran kat diri sendiri. Kenapa aku cuma jawab balik tengking dia tu kat dalam hati je. Seingat aku masa tu aku sempat fikir kalau aku debik mamat ni, mmg celah gigi je. tapi dia budak opis aku jugak. nanti panjang cerita. mgkn tak selesai mlm tu. mgkn dia boleh upah org lain repeat lawan gusti dgn aku. dia org lama. bnyk pengaruh..... jadi aku cuma jwb "satu keje pulak (nak alih2 motor)" dan "macam2 ada".... aku pun alihkan le motor tu... (moto tu mmg aku tinggalkan kat opis untuk kesenangan aku bergerak di waktu keje. lagi pun dia jimat minyak) Selepas aku alihkan motor tu aku pun start kete la nak balik. Masa kat dlm kete baru aku terfikir pulak "sepatutnye aku terus blah je. takyah nak alih2. mmg bukan parking dia. sapa suruh tengking2. elok2 aku nak alih, ko tengking pulak. berani ko alihkan moto aku, besok ko siap!! patut aku jgn alihkan. teus je balik. aku rasa mcm dah melibatkan maruah. rasa terguris sikit maruah tu. menyesal pulak sikit. (sume sikit2 je).
so... mcmana? betul ke tindakan aku tu atau aku patut buat yg 'sepatutnye'?




Wednesday, November 01, 2006

first time

first time in my life - beraya di rumah mertua... tak best sikit la.... teringat kat mak dan keluarga di kg sendiri

first time in my life - berjemaah dgn ayahanda mertua utk solat terawih (kami berdua je...) dia suruh aku baca qamat/selawat terawih. aku tak tahu. maklumlah selama ni aku buat di surau/masjid beramai-ramai. berselawat je beramai2.... malu... malu...

2nd time in my life (kalau tak silap) - menyiang ayam... nak keluarkan isi perut ayam (hati, jantung, perut, hempedu dll) mengikut method yg betul... buat keje sebelah abg ipar pulak tu. nak main belasah je kang nampak sgt tak reti.... nasib baik penah buat skali dulu... cuba la replay balik memory... sekali terpecah daa hempedu... hijau pekat... pehhh.... muka aku pun masa tu mgkin hijau jugak sbb malu... nasib baik ada dua ekor je ayamnye... sekor aku buat sekor abg ipar aku buat. tapi masa nak belah kalang nak buang najis kat dlm tu aku tahu sbb penah tgk mak buat.

moral : sediakan payung sebelum hujan